Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah


Assalamualaikum


Pic from google


Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu, dibawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati, diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.


  • Dirikan solat dan banyakkan berdo'a. Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan: "Ya Allah, jadikan hatiku bersih." 

  • Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100X sebelum tidur. Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang,murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
  • Solat taubat. Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda. 
  • Membaca Al-Quran. Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.
  • Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari . Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
  • Bisikan kepada diri perkara yang positif. Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakan lah: "Aku sebenarnya......(perkara yang elok2 belaka).
  • Program minda/cuci minda. Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata. Katakan didalam hati: "Ya Allah, cuci otak aku, cuci hatiku. Esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif." Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!).
  • Berpuasa. Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara2 kejahatan. 
  • Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila2 masa).
  • Kekalkan wuduk.
  • Bersedekah.
  • Belanja orang makan.
  • Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat (was2, tidak pasti halal atau tidak).
  • Berkawan dengan ulama.
  • Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).
  • Pesan pada orang, jadi baik.
  • Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut dsb). Jangan dengar orang mengumpat.

 

Kata-kata hikmah

Setiap amal bergantung pada niat. Niat dan tujuan orang beriman lebih baik dan bernilai pada pandangan Allah daripada amalannya.  Niat orang yang tidak beriman lebih buruk daripada apa yang nyata dengan amalannya. –Nabi SAW

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Rebutlah peluang lima sebelum lima: Masa muda sebelum tiba masa tua.  Masa sihat sebelum tiba masa sakit.  Masa lapang sebelum tiba masa sibuk.  Masa kaya sebelum tiba masa papa.  Dan Masa hidup sebelum tiba masa mati”.

Madu adalah penyembuh untuk penyakit dan Al-Quran adalah penyembuh bagi penyakit dalam hati, maka hendaklah kamu berubat dengan madu dan Al-Quran.

Setiap kemaksiatan adalah racun di dalam hati yang merosakkan kesucian jiwa seseorang, kerana ia rindu berbuat dosa yang mewariskan kehinaan.  Oleh sebab itu, meninggalkan dosa bererti menghidupkan jiwa dan memancarkan cahaya keimanan di celah-celah sanubari insan.

Yang selalu membunuh kebijaksanaan seseorang ialah tamaknya-Sayidina Ali

Jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran, masa yang sedang berjalan kita isi dengan amalan dan masa hadapan jangan terlalu diangan-angankan.

Nabi SAW bersabda,”Jagalah dirimu daripada api neraka.  Meskipun dengan sedekah separuh daripada sebiji kurma.  Jika tidak dapat, maka sepatah kata yang baik”.

Berikan sepenuh kasih sayang kepada ibu-bapa, kerana mereka adalah pemegang tali penghubung nyawa ketika kamu meningkat dewasa; kasih mereka terhadap anak adalah kasih dari titisan air mata dan titik peluh yang tak mungkin terbalas.

Tips untuk subjek Shorthand Dan Trengkas

Ni ada sedikit tips yang ingin saya kongsikan kepada siapa-siapa yang lemah dalam subjek shorthand dan trengkas. Sememangnya subjek ini mungkin agak rumit sedikit pada awal pembelajaran. Kepada sesiapa yang rajin subjek ini tidak menjadi masalah kepada mereka tetapi bagi yang kurang rajin tu..hehehhe..faham-faham la korang. Diantara tips yang aku boleh kongsikan di sini seperti;

  1. Buat latihan sebanyak yang mungkin. Semakin banyak korang buat latihan semakin banyak yang korang faham dan semakin bertambah ilmu korang dalam subjek ini. Jangan ikut seperti saya, di masa semester satu dulu saya malas nak buat latihan.  Kadang-kadang tengah-tengah buat homework pun saya boleh tertidur.  Sebab tu result sem 1 kurang memberangsangkan. Semasa menduduki sem 4 barulah rajin tu datang tiba-tiba hahahaha..dan lantas keputusan pun alhamdulillah..
  2. Translate newspaper. Tengah-tengah korang baca newspaper atau dengar berita kat tv tu, korang try la buat tulisan shorthand and trengkas apa yang korang baca dan dengar tu. 
  3. Sebelum tidur jenguk-jenguk buku shorthand dan trengkas korang.  Ambil masa 5 hingga 20 minit baca buku korang. Insyaallah jika diamalkan setiap hari confirm dapat skor A.

Tips Untuk Subjek Menaip/Typing Khususnya Untuk Pelajar Diploma Sains Kesetiausahaan



Seringkali saya mendengar luahan daripada junior-junior DSK di mana mereka gagal dalam subjek menaip.  Di manakah silapnya sebenarnya.  Selaku senior DSK, di sini saya nak bagi tips kepada adik-adikku (junior-junior) yang menghadapi masalah dalam subjek typing.  Kalau korang nak tahu subjek menaip ni adalah subjek yang paling mudah jika nak dibandingkan dengan subjek shorthand atau trengkas.  Jom ikuti tips berguna yang boleh mengatasi masalah korang agar korang boleh skor A dalam subjek ini. Antara tips berguna tersebut adalah..


  1. Kejujuran. Semasa latihan menaip di mana kejujuran korang.  Mata tu tengok ke arah teks bukan ke arah keyboard.  Ramai kawan-kawan saya yang sehingga sekarang masih belum mahir menaip kerana tiada kejujuran semasa latihan menaip.  Mungkin korang berfikir tiada guna kejujuran semasa menaip apabila yang ditaip semuanya salah.  Itu adalah anggapan yang salah.  Kejujuran akan mempercepatkan anda mahir menaip.  Jika anda kurang percaya cuba amalkan ketidak jujuran anda dengan melihat keyboard sambil menaip.  Confirm, anda tidak akan mahir sampai bila-bila.
  2. Bermain typing game.  Pada masa kini banyak game-game typing yang korang boleh dapatkan di pasaran.  Jika tidak pun minta dengan pensyarah yang mengajar anda typing. Amalkanlah selalu agar kelajuan dan ketepatan anda semakin baik hari demi hari. Saya teringat kisah saya semasa di semester satu. Pada masa tersebut saya belum lagi memiliki komputer.  Saya pun mengalami masalah yang sama iaitu lemah dalam subjek menaip tetapi itu tidak menjadi masalah.  Saya mengambil inisiatif membeli keyboard komputer dan melatih tangan saya setiap hari.  Hasilnya amat baik sekali.  Saya semakin mahir dan berkeyakinan dalam subjek typing.
  3. Banyakkan latihan menaip.  Subjek menaip bukan sebarang subjek.  Anda kenalah rajin dan sentiasa praktice selalu.  Cabar diri anda untuk menambah kelajuan menaip. Semakin banyak anda membuat latihan semakin cekap anda menaip.
  4. Jangan takut salah.  Anda jangan cepat gabra jika salah taip.  Perkara ini adalah perkara biasa dalam proses belajar.  Semasa saya mengambil subjek menaip dulu pun saya banyak melakukan kesilapan.  Kebanyakan hasil yang saya taip dulu boleh dikatakan lebih banyak salah daripada betul.
  5. Doa.  Rajin-rajinlah berdoa kepada Allah semoga anda akan mahir menaip.  Insyaallah, Allah sentiasa memakbulkan doa-doa hambanya.
Untuk mahir dalam subjek menaip ia memakan masa.  Kita tidak akan mahir dalam masa sehari.  Diharapkan kepada junior-junior akan dapat mengatasi masalah korang dalam subjek menaip.  Sebagai senior korang, aku hanya mampu memberikan tips ini kerana aku juga dahulu mengalami masalah yang sama. Kejujuran, usaha dan keyakinan adalah tangga kejayaan. Cayo DSK...^_^
Kisah Kawan-Kawanku Dan Kenangan Zaman Sekolah

Zaman Sekolah Rendah
Salam damai, ni aku nak cerita kisah kawan-kawan sekolah rendah semasa zaman dulu.  Ala zaman time aku still kecik lagi.  Yang aku ingat nama-nama kawan aku erm si Salmah, Sobri, Waznah, Nurul, Azwin, Kartini, Saadiah, Nikmah, Fatihah, Salwa, Shilla dan banyak lagi la. 

Masa zaman kecik-kecik dulu macam biasa la. Masa tu baru usia budak-budak lagi kan jadi pemikiran pun asyik nak main jer.  Sekolah start jam 12.30 ptg tapi aku dan geng-geng ku semangat datang sekolah awal pukul 9 pagi.  Uih dasyat. Semangat habis tapi bukan semangat nak belajar tapi semangat nak main. hahahahahah. Kitorang dulu ada tempat berkumpul iaitu kat padang sekolah. Kitorang tak kisah panas ker apa ker janji kat situlah kitorang berkumpul. Antara permainan yang kitorang paling suka ermmm kalau tak silap namanya  polis pencuri, men cicit, tangkap belalang, kayu lelek, batu simban, men getah, dan banyak permainan lagi la.  Dulu kitorang kalau jumpa belalang besar uiiii xcited sangat2. Suka tengok belalang.  Hahahahahah....itu antara permainan fav kitorang.  Mak kitorang dulu sempoi.  Takdernyer dorang nak marah kitorang kuat main ker apa ker.  Pergi sekolah pun Mak kitorang tak hantar.  Kena jalan sendiri walaupun sekolah agak jauh la juga.  45 minit berjalan kaki. hehehehhe....Tak lah juga jauh sangat ...ok la..hihiihihi.

Main punya main last2 baru teringat ada homework lupa nak buat. Aisemen.  Dengan bergegas aku dan kawan aku buat homework kat padang sekolah. Dengan berpeluh-peluh lagi tu.hahahah...tapi takper...yang penting keja siap..

Antara pengalaman manis yang aku ingat ketika zaman sekolah rendah dulu semasa dalam darjah 2 kalau tak silap.  Kitorang nak pergi sekolah.  So kitorang ambil la jalan singkat dengan menyeberangi parit.  Parit tu hitam tau tapi sebab kitorang ni suka jalan pintas nak ke sebelah jadi kitorang pun menyeberangi parit tersebut walaupun hanya sebatang kayu yang menjadi penghubung.  Atas dasar keras kepala kitorang, jadi kitorang pun lalu tapi malangnya kitorang hilang keseimbangan dan last2 sebelah kaki kitorang terjunam dalam parit.  EEE dala parit hitam.  Jadinya kasut kitorang sebelah hitam dan sebelah lagi putih. Kitorang takder pulak terpikir nak cuci. Sampai jer kat sekolah terus main...hahahahha...biasala kenangan zaman budak-budak kadang-kadang lucu juga bila terkenang...hahahha...

Ku lihat zaman sekarang berbeza dengan zaman kitorang kecil-kecil dahulu. Sekarang budak-budak sekolah takdernya nak main kat padang tengah2 hari. Takut panas kot. Then budak-budak sekarang sume pergi sekolah kebanyakan kena hantar oleh ibu-bapa dan bas sekolah. Tidak wujud lagi geng-geng pejalan kaki ke sekolah.  Sebab mungkin budak-budak sekarang tak terbiasa kot. Entahla....mungkin itu zaman sekarang dan dahulu berbeza.