Kata-kata hikmah

Setiap amal bergantung pada niat. Niat dan tujuan orang beriman lebih baik dan bernilai pada pandangan Allah daripada amalannya.  Niat orang yang tidak beriman lebih buruk daripada apa yang nyata dengan amalannya. –Nabi SAW

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Rebutlah peluang lima sebelum lima: Masa muda sebelum tiba masa tua.  Masa sihat sebelum tiba masa sakit.  Masa lapang sebelum tiba masa sibuk.  Masa kaya sebelum tiba masa papa.  Dan Masa hidup sebelum tiba masa mati”.

Madu adalah penyembuh untuk penyakit dan Al-Quran adalah penyembuh bagi penyakit dalam hati, maka hendaklah kamu berubat dengan madu dan Al-Quran.

Setiap kemaksiatan adalah racun di dalam hati yang merosakkan kesucian jiwa seseorang, kerana ia rindu berbuat dosa yang mewariskan kehinaan.  Oleh sebab itu, meninggalkan dosa bererti menghidupkan jiwa dan memancarkan cahaya keimanan di celah-celah sanubari insan.

Yang selalu membunuh kebijaksanaan seseorang ialah tamaknya-Sayidina Ali

Jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran, masa yang sedang berjalan kita isi dengan amalan dan masa hadapan jangan terlalu diangan-angankan.

Nabi SAW bersabda,”Jagalah dirimu daripada api neraka.  Meskipun dengan sedekah separuh daripada sebiji kurma.  Jika tidak dapat, maka sepatah kata yang baik”.

Berikan sepenuh kasih sayang kepada ibu-bapa, kerana mereka adalah pemegang tali penghubung nyawa ketika kamu meningkat dewasa; kasih mereka terhadap anak adalah kasih dari titisan air mata dan titik peluh yang tak mungkin terbalas.

No comments: