Tips Untuk Subjek Menaip/Typing Khususnya Untuk Pelajar Diploma Sains Kesetiausahaan



Seringkali saya mendengar luahan daripada junior-junior DSK di mana mereka gagal dalam subjek menaip.  Di manakah silapnya sebenarnya.  Selaku senior DSK, di sini saya nak bagi tips kepada adik-adikku (junior-junior) yang menghadapi masalah dalam subjek typing.  Kalau korang nak tahu subjek menaip ni adalah subjek yang paling mudah jika nak dibandingkan dengan subjek shorthand atau trengkas.  Jom ikuti tips berguna yang boleh mengatasi masalah korang agar korang boleh skor A dalam subjek ini. Antara tips berguna tersebut adalah..


  1. Kejujuran. Semasa latihan menaip di mana kejujuran korang.  Mata tu tengok ke arah teks bukan ke arah keyboard.  Ramai kawan-kawan saya yang sehingga sekarang masih belum mahir menaip kerana tiada kejujuran semasa latihan menaip.  Mungkin korang berfikir tiada guna kejujuran semasa menaip apabila yang ditaip semuanya salah.  Itu adalah anggapan yang salah.  Kejujuran akan mempercepatkan anda mahir menaip.  Jika anda kurang percaya cuba amalkan ketidak jujuran anda dengan melihat keyboard sambil menaip.  Confirm, anda tidak akan mahir sampai bila-bila.
  2. Bermain typing game.  Pada masa kini banyak game-game typing yang korang boleh dapatkan di pasaran.  Jika tidak pun minta dengan pensyarah yang mengajar anda typing. Amalkanlah selalu agar kelajuan dan ketepatan anda semakin baik hari demi hari. Saya teringat kisah saya semasa di semester satu. Pada masa tersebut saya belum lagi memiliki komputer.  Saya pun mengalami masalah yang sama iaitu lemah dalam subjek menaip tetapi itu tidak menjadi masalah.  Saya mengambil inisiatif membeli keyboard komputer dan melatih tangan saya setiap hari.  Hasilnya amat baik sekali.  Saya semakin mahir dan berkeyakinan dalam subjek typing.
  3. Banyakkan latihan menaip.  Subjek menaip bukan sebarang subjek.  Anda kenalah rajin dan sentiasa praktice selalu.  Cabar diri anda untuk menambah kelajuan menaip. Semakin banyak anda membuat latihan semakin cekap anda menaip.
  4. Jangan takut salah.  Anda jangan cepat gabra jika salah taip.  Perkara ini adalah perkara biasa dalam proses belajar.  Semasa saya mengambil subjek menaip dulu pun saya banyak melakukan kesilapan.  Kebanyakan hasil yang saya taip dulu boleh dikatakan lebih banyak salah daripada betul.
  5. Doa.  Rajin-rajinlah berdoa kepada Allah semoga anda akan mahir menaip.  Insyaallah, Allah sentiasa memakbulkan doa-doa hambanya.
Untuk mahir dalam subjek menaip ia memakan masa.  Kita tidak akan mahir dalam masa sehari.  Diharapkan kepada junior-junior akan dapat mengatasi masalah korang dalam subjek menaip.  Sebagai senior korang, aku hanya mampu memberikan tips ini kerana aku juga dahulu mengalami masalah yang sama. Kejujuran, usaha dan keyakinan adalah tangga kejayaan. Cayo DSK...^_^

2 comments:

Hanis Atikah said...

aka boleh x saya nk taw.. subjek sem empat tok dsk pe???

zainab said...

@Hanis Atikah subjek sem 4 yang masih akak ingat sperti document production, grooming, perdagangan, keusahawanan, tamadun Islam, terjemahan bahasa melayu dan bahasa inggeris dan ada lagi satu subjek tp lupa dah nama dia di mana shorthand, trengkas dan menaip digabungkan sekali ^_^..