Cinta, cinta, cinta dan cinta


Cinta Buta
Ni cinta kita, cinta sesama manusia.  Nampak elok belaka.  Dosa pun dah nampak macam pahala.  Nampak muka si dia aje sampai dan tak nampak Tuhan.  Zikir nama si dia, solat pun nampak muka dia.  Sudahnya hati jadi buta, tak nampak hakikat, mudah sangat terjebak dengan maksiat.

Cinta Dunia
Ni pun cinta kita, kita semua memang gila kat dunia.  Bila semua dan gila dunia maka siapa yang tak gila dunia pulak yang dituduh gila.  Siapa tolak projek juta-juta, gila! Siapa tolak anugerah, gila! Siapa tolak kuasa, gila! Pasal tu sekarang ramai yang tak solat.  Nak kata apa, diorang tu gila.  Orang gila je tak jatuh hukum wajib solat.

Cinta Nafsu
Ni kita juga tapi malu nak ngaku.  Nabi suruh lawan nafsu, suruh perangi nafsu, kita buat derk aje.  Makan ikut nafsu, marah ikut nafsu, kerja ikut nafsu, apa benda dalam hidup ni yang kita tak buat dengan nafsu?  Sudanya putus nafas dengan nafsu juga.  Nak buat cemana sepanjang hayat bertuhankan hawa nafsu.

Cinta Suci
Patutnya orang Islam semuanya pencinta suci.  Cintakan kesucian, cintakan kemanan, cintakan sekalian alam kerana cinta kepada Tuhan yang menjadikan semuanya.  Takde benci membenci, takde hasad dengki, takde iri hati, takde nak kecik hati sebab hati dipenuhi nikmat cinta pada Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.  Baru le rasa hidup macam dalam syurga.

Cinta Abadi
Ni bukan Kita.  Ni cinta Tuhan pada kita.  Kita tak mampu nak menyintai apa sahaja sehebat cinta Dia.  Kalau tak kerana cinta Dia kita tak hidup sekarang ni, tak diberi rezeki, tak diberi rahmat, tak diberi rasa cinta.  Kita hari-hari buta dosa, hari-hari lupakan Dia.  Kita curang pada Dia, kita khianati janji pada Dia malah kita hina Dia.  Kita pilih dunia, manusia, nafsu, pangkat, harta dan kita tolak Dia.  Dia buat apa kat kita?  Dia tetap perintahkan matahari menyinari siang kita, hujan menyirami bumi kita, angin menghembus membelai tubuh kita.  Tu pun kita tak nak akui cinta Dia.  Entahlah……

No comments: