CONTOH COVER LETTER PEMBANTU TADBIR KESETIAUSAHAAN

POLAN BIN PILAN
Jalan Morrell
Peti Surat 61362
91023 Tawau
SABAH

Pendaftar
Universiti Putri
12345 Serdang
SELANGOR                                                                      7 Oktober 2009


Tuan/Puan,

PERMOHONAN JAWATAN PEMBANTU TADBIR KESETIAUSAHAAN GRED N17

Perkara di atas dirujuk.

2.         Saya seperti yang bernama di atas, dengan sukacitanya ingin mengemukakan permohonan jawatan sebagai Pembantu Tadbir Kesetiausahaan Gred22 di organisasi tuan/puan.

3.         Untuk pengetahuan tuan/puan, saya merupakan pemegang Diploma dalam bidang  Sains Kesetiausahaan daripada Politeknik. Saya telah menamatkan pelajaran saya pada bulan Jun 2009.

4.         Untuk makluman pihak tuan/puan, saya pernah menjalani latihan industri/praktikal di Majlis Perbandaran Sandakan dan kini saya bekerja sementara sebagai kerani biasa di Syarikat Maju Management. saya mempunyai kebolehan seperti menaip, trengkas, menggunakan aplikasi komputer dan lain-lain lagi.  Berserta dengan surat ini, saya lampirkan bersama resume, gambar berukuran passport serta sijil-sijil yang berkaitan.

5.         Saya berharap permohonan saya akan mendapat pertimbangan yang sewajarnya dari pihak tuan.  Keprihatinan tuan terhadap perkara ini amat saya hargai.


Sekian, terima kasih.


Yang benar,


SI POLAN
(POLAN BIN PILAN)

3 COMMENT:

Angin Layau said...

macam mana kalau kita buat open resume ya, tiada jawatan spesifik?

Cik Zai said...

Angin Layau...bila kita buat resume kita tak boleh buat yang sama n edarkan semua yang sama ke organisasi yang kita nak. Lebih baik buat yang berlainan dan spesifikkan ia..

Anonymous said...

I love your blog.. very nice colors & theme. Did you design this website
yourself or did you hire someone to do it for you?

Plz respond as I'm looking to construct my own blog and would like to know where u got this from. thank you

Here is my web site - family portraits Cape Town

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...