Definisi Personality



Secara am personaliti merujuk kepada perwatakan dan sikap yang anda pamerkan baik secara bersendirian atau di khalayak umum.

Dalam psikologi, personaliti ditakrifkan sebagai himpunan pola emosi, pemikiran dan perlakuan yang unik untuk seseorang dan tekal dengan masa.

Personaliti atau keperibadian merupakan satu cabang psikologi yang mengkaji keperibadian dan proses individu lain yang menjadikan kita manusia.

Definisi lain bagi personaliti adalah merujuk kepada sesuatu kualiti atau keadaan yang terdapat atau sedia wujud di dalam seseorang individu untuk individu tersebut menggelar dirinya sebagai seorang insan.

Personaliti ini merangkumi satu penyusunan di antara faktor-faktor seperti biologi, psikologi dan sosiologi. Untuk proses pergaulan (sosialisasi) berlaku, seseorang itu haruslah mempunyai personaliti.

No comments: