Hidup ini perlu sabar


Pagi yang cukup indahku merenung kembali liku-liku yang telah ku lalui. Rasanya cukup sukar dan jika diberikan pilihan untuk melalui saat-saat yang telah aku lalui dahulu pastinya aku tidak mahu walaupun dibayar dengan berjuta wang ringgit.

Tiap-tiap manusia pastinya punya takdir tersendiri yang telah tertulis sejak azali lagi. Itu sememangnya sudah pasti. Begitu juga dengan aku tetapi aku tidak pernah menyesal kerana segala yang berlaku sememangnya ada hikmah di sebaliknya. 

Tidak perlulah aku menghuraikan satu pesatu dugaan yang telah ku lalui kerana ia tidak akan menyamai serta dapat menggambarkan apa yang telah aku lalui selama ini.

Hidup ini perlu sabar dan hanya dengan kesabaranlah kita dapat melalui segala liku-liku perjalanan hidup ini. Aku sangat-sangat bersyukur kepada Allah S.W.T kerana dugaan yang aku tidak tahu bila akan berakhir akhirnya berakhir jua berkat pertolongan dari-Nya.

Sememangnya ada hikmah dari setiap dugaan yang kuterima. Dugaan ini mematangkan diriku dan memupuk sifat sabar dalam diri. Mungkin aku manusia yang kurang sabar lantas Allah memberiku dugaan sebegini. Allah maha mengetahui atas segala sesuatu. Maha suci Allah. 

Terima kasih Ya Allah.....

No comments: