Klasifikasi Personality

KLASIFIKASI PERSONALITI




Introvert
Extrovert
Openness to experience
Conscientiousness
Agreeable
Neuroticism 








INTROVERT


  • Seorang yang pemalu dan kurang bersosial
  • Carl Jung, seorang psikiatrik mendefinisi introvert sebagai satu perubahan sikap dari segi mental untuk menjauhi masyarakat dan aktiviti sosial di luar kepada dunia yang lebih kecil dalam lingkungan hidup seorang individu. 
  • Lebih gemar duduk bersendirian 
  • Menjalin hubungan yang erat dan kukuh dengan sebilangan rakan sahaja 
  • Kurang berkongsi mengenai diri sendiri dengan orang lain 
  • Lebih suka berfikir sebelum bertindak


EXTROVERT

  • Bersikap “out going” , 
  • Penuh bertenaga dan biasanya bersikap positif. 
  • Mempunyai minat terhadap orang lain atau persekitaran mereka dari dirinya sendiri. 
  • Persepsi dan perspektif mereka terhadap sesuatu perkara itu terutamanya tentang hidup ini pada kebiasaannya ialah positif. 
  • Bagi golongan ini, dunia ini merupakan “Taman Permainan” mereka.Semasa berada didalam kumpulan mereka, mereka suka sangat bercakap,menilai diri mereka dan mendapat perhatian.








OPENNESS TO EXPERIENCE

  • Mempuyai sikap atau minda yang terbuka terhadap sesuatu idea atau pendapat. 
  • Mereka ingin sangat terdedah kepada sesutu pengalaman yang baru. 
  • Dunia ini merupakan “Tempat Pembelajaran” - pengalaman yang diterima atau datang pada mereka akan di gunakan dengan sepenuhnya. 
  • Mempunyai sifat ingin tahu (intellectually curious) yang begitu mendalam. 
  • Suka pada sesuatu benda yang cantik dan menghargai kesenian. 
  • Peka terhadap emosi mereka dan suka membandingkan diri mereka dengan orang yang terdekat dengan mereka. 
  • Bertindak dan berfikir secara cara tersendiri (individualistic) dan dalam cara yang kurang berkonfrontasi.

CONSCIENTIOUSNESS
  • Mempunyai kesedaran yang tinggi 
  • Ciri ini merujuk kepada seseorang yang mempunyai kesedaran yang di antaranya merangkumi kehidupan sehariannya, persekitarannya dan masyarakat sekelilingnya. 
  • Kesedaran kita berdasarkan cara kita mengawalnya,mengurusnya dan cara kita bertindak berdasarkan impuls yang diterima. 
  • Antara ciri yang dipunyai oleh golongan ini adalah seperti boleh dipercayai, sanggup berkerja keras untuk sesuatu ,menepati masa, kemas dari segi kerjanya dan keperibadian luarannya, berdisiplin , bercita-cita tinggi dan mempunyai atau suka pada kehidupan yang teratur (organized) .
  • Masalah yang dihadapi oleh golongan ini adalah mereka sering dan selalu berkerja keras (workaholics) dan dikategorikan dalam satu tingkah laku yang disebut sebagai “Obsessive Compulsive Perfectionists Behavior”. Individu yang tinggi dalam nilai ini kadang-kala membosankan disebabkan oleh sifat atau sikap mereka yang tidak ingin mengambil risiko dan kurang ingin terdedah kepada persekitaran (less adventurous). 
  • Menurut satu kajian yang di lakukan, dikatakan bahawa kesedaran kita terletak pada bahagian lateral belakang otak kita dan di katakan orang yang mempunyai kesedaran yang tinggi mempunyai bentuk kepala yang berbentuk seakan kubah (dome-shaped) ,manakala orang yang mempunyai kesedaran yang kurang mempunyai bentuk kepala yang berbentuk seakan bujur (oval shaped)

AGREEABLE
  • Seseorang individu mempunyai pendapat yang berbeza tentang sesuatu perkara yang berkaitan dengan kerjasama dan keharmonian sosial diantara masyarakatnya. 
  • Individu yang mempunyai nilai yang tinggi dalam ciri ini menghargai perhubungan diantara orang ramai. Jadi lazimnya orang yang mempunyai nilai yang tinggi dalam ciri ini berperikemanusian, peramah, suka menolong, dermawan dan sanggup berkompromi dengan orang lain walaupun dengan kepentingan mereka yang akan mungkin tergugat.
  • Mempunyai pandangan yang optimistik terhadap manusia, mereka senang melihat pada kebaikan yang ada pada orang. 
  • Senang mendapat dan mengekalkan hubungan dengan orang lain. Mereka dapat mengekalkan status populariti mereka dengan baik.
  • Individu yang meletakkan kepentingan diri sendiri daripada bergaul dengan orang ramai. Mereka tidak mengambil peduli tentang masalah orang lain dan tidak kisah akan pandangan orang ramai tentang diri mereka.Kadang- kala mereka berprasangka terhadap motif orang lain dan ini membuatkan mereka bersifat wasangka , tidak berkerjasama dan kurang peramah. 
  • Tetapi keburukan memiliki trait ini ialah antaranya orang ini kurang sesuai untuk membuat kerja-kerja yang lasak atau yang memerlukannya membuat keputusan yang berpendirian yang kukuh contoh dalam bidang korporat. 
  • Sesuai menjadi seorang saintis, pegawai tentera, ahli korporat, pengkritik, ahli perniagaan atau tentera.

NEUROTICISM
  • Trait ini merujuk kepada mereka yang kebiasannya berpandangan negatif. 
  • Mereka yang bertahap tinggi dalam trait ini pada mulanya merasa satu sifat yang negatif yang spesifik contoh seperti kemarahan, kemuraman (depression), ketakutan atau kebimbangan pada sesuatu isu, tapi kemungkinan orang ini akan merasakan lebih dari salah satu emosi-emosi negatif ini pada satu-satu masa yang tertentu atau pada masa yang sama juga. 
  • Mereka dalam golongan ini mempunyai emosi yang reaktif. Ini dikatakan demikian kerana mereka bertindak dengan lebih beremosi terhadap sesuatu perkara atau peristiwa yang pada padangan atau response orang lain adalah biasa. Reaksi mereka terhadap perkara-perkara ini adalah lebih tertekan.
  • Mereka lebih tercenderung untuk memandang sesuatu situasi yang normal sebagai mengancam nyawa dan kekecewaan yang kecil dalam hidup mereka sebagai sesuatu yang sangat susah.Disebabkan emosi-emosi yang negatif ini berpanjangan, pada kebiasaannya golongan ini tertekan sepanjang masa. Disebabkan oleh faktor-faktor ini, golongan ini tidak dapat berfikir secara logik.

No comments: