Sahabat, teman, rakan, friend, peng you, dan kawan



Apapun gelaran anda terhadap kawan anda itu tidak penting kerana saya sememangnya ingin berbicara mengenai kawan. Kawan adalah orang yang rapat dengan kita tetapi ia juga tidak bermaksud yang jauh itu bukan kawan kerana yang jauh pun akan selalu dekat dengan kita (dekat di hati) ^_^. 

Kebiasaannya, ada 2 jenis kawan yang paling popular iaitu kawan rapat dan kawan biasa-biasa. Kawan rapat selalunya kawan yang dikatakan satu kepala dengan kita dan kita serasi dengannya (Bukan kawan special). Kawan biasa-biasa pula kawan-kawan yang datang dan pergi. Kebiasaannya kawan biasa-biasa tidak akan berkongsi masalah peribadi bersama.

Ada juga jenis kawan yang kita gelar sahabat pena. Sahabat pena merupakan kawan yang kita tidak pernah bertemu muka dengan kawan kita itu. Kita hanya berhubung menggunakan surat, e-mel, telefon tetapi langsung tidak pernah berjumpa secara face to face. Saya ada kawan seperti ini. Sudah hampir 5 tahun hubungan sebagai kawan terjalin tetapi tidak pernah bersua muka kerana faktor tempat tinggal yang teramat jauh.

Sebut mengenai kawan ini, apa sebenarnya yang istemewa dengan kawan.  Kawan adalah diantara orang yang istemewa sebab itu dalam Islam kita di ajar untuk menyayangi kawan dan menjaga perasaan kawan kita. Kawan sebenarnya mencerminkan diri kita. Jika baik kawan kita maka baiklah kita dan begitu juga sebaliknya.

Kadangkala terjadi krisis antara kita dan sahabat kita sehinggakan hubungan yang erat menjadi renggang tapi itu sebenarnya adalah perkara biasa kerana 'sedangkan lidah lagi tergigit' inikan pula hubungan yang melibatkan 2 atau lebih perasaan.  

Selagi kita ikhlas bersahabat kita tidak akan pernah memutuskan tali persahabatan itu walau apa pun terjadi. Selain itu kita akan memaafkan segala kesilapan sahabat kerana itu yang terbaik dan kita tidak tahu mungkin kita juga menjadi punca hubungan yang terjalin menjadi retak. Allah Maha Mengetahui. Sahabat adalah hubungan hingga akhir hayat jadi hargai sahabat anda ^_^. 

LoVe My Frens...











No comments: