SYABAS!!!!

Assalamualaikum

Sedikit masa ku luangkan hari ini untuk menulis. Hanya sedikit kerana masa amat 'jealous' dengan diri ini. Ada komitmen lain yang harus kulakukan tetapi sedikit masa inilah yang terbaik. http://www.cute-smiley.com

Alhamdulillah selesai sudah puasa yang ke-20. Moga-moga kita sampai ke penghujung puasa ya. Amin. Aku juga berharap aku dapat posa 'full' tahun ni. Amin.

Azam di bulan ramadhan yang mulia ni agar semua semakin 'sukses' bak kata orang-orang indonesia. Sukses dari segi rohani dan jasmani. Moga-moga amalan semakin mantap.

Syabas kepada semua kerana pada bulan ramadhan ini semua berusaha menjauhi perkara yang tidak baik.

Kepada minah-minah, makcik-makcik syabas kerana sudah kurang mengumpat.

Kepada pakcik-pakcik, bapa-bapa, lelaki-lelaki dan segelintir kaum wanita syabas kerana tidak merokok.

Kepada kanak-kanak syabas juga kerana telah berlatih berpuasa walaupun sekadar puasa setengah hari..ok lah tu..http://www.cute-smiley.com

Kepada semua umat Islam SYABAS kepada semua....

Kepada yang bukan Islam SYABAS juga bagi mereka yang turut berpuasa dan menghormati bulan Ramadhan...http://www.cute-smiley.com

No comments: