Banjir

Banjir yang berlaku beberapa hari lepas di Kg Pasir Putih, Tawau Sabah amat dasyat rasanya.

Rumah-rumah dibanjiri dengan lumpur hingga ada yang sampai ke tahap bumbung…

Kalau sudah banjir berlaku segala harta benda tolak ketepi.

Hanya satu harapan iaitu agar nyawa keluarga dan diri selamat.

Sungguh kasihan.

Sememangnya banjir yang berlaku tidak dijangka…begitu pantas sekali…

Hmmm… baru tadi aku terjumpa seorang staff satu kerja yang menjadi mangsa banjir ketika menuruni tangga hendak pulang selesai waktu kerja..

Dia sudah seminggu tidak datang kerja. Sungguh kasihan. Terpancar kesedihan diwajahnya..tetapi senyuman masih tetap diberikan walaupun dalam situasi kesedihan.

Aku bertanya bagaimana keadaannya dan katanya “ Huh banjir di rumah hampir ke paras bahu, tiada apa yang tinggal dik, semuanya habis termasuk motor dan kereta turut tenggelam.” Katanya kepadaku.

Sungguh kasihan….

Di pejabat staff mengadakan kutipan derma di kalangan staff untuk mengurangi beban yang ditanggung oleh staff yang menjadi mangsa banjir ini. Walaupun tidak banyak namun wang yang dikumpulkan dapatlah menampung perbelanjaan makan dan minum di waktu kesempitan ini.

Ku doakan semoga mereka dimurahkan rezeki oleh Allah SWT. Kuatkan semangat, tabah dan sabar dalam menempuhi hidup yang penuh liku ini. Jika kita sabar pasti ada ganjaran pahala untuk kita dan pasti ada hikmah di sebalik semua yang terjadi.

No comments: