Di Hari Raya

Awal pagi lagi...

Dengan penuh semangat adik bongsuku bangun..

Lantas membangunkan kami...

Wahhh...sungguh semangat dia menyambut Hari Raya tahun ini..

Begitulah kanak-kanak


Awal pagi kami sekeluarga bersiap untuk ke Masjid Al-Khauthar. Sungguh ramai umat Islam sudah memenuhi masjid. Hinggakan ke luar masjid . Juga termasuk aku, kakak dan mak yang mengambil tempat di bahagian luar masjid.

Nasib baik mak ada membeli kertas sebagai alas tempat kami solat..

Selesai solat kami pulang ke rumah.Seperti biasa kami menyediakan juadah untuk kenduri kesyukuran.. Memang menjadi rutin bagi suku bugis mengadakan kenduri kesyukuran. Mengajak jiran-jiran, sahabat handai serta sanak saudara menjamu selera.

Ramai tetamu yang datang ke rumah terutama kanak-kanak. Biasalah, mereka semangat nak duit raya. Adik bongsuku ku lihat tengah mengira-ngira duit raya yang diperolehinya. Wahh, banyak sungguh!!! Aku turut menghulur duit raya kepada adikku. Disebabkan aku telah bekerja aku sudah tidak layak untuk meminta duit raya tetapi aku yang perlu memberi duit raya. 

Petang nanti kami sekeluarga akan menziarahi kubur. Kubur arwah-arwah yang telah terlebih dahulu kembali ke rahmatullah.

Kemudian kami akan bertandang ke rumah sanak dan saudara yang lain. Heemmm...sungguh seronok di Hari Raya ini. Inilah masanya kita merapatkan kembali ikatan persaudaraan sesama Islam yang kadang-kadang semakin pudar.

No comments: