Keropok bayam

On the way balik Tawau from Kota Kinabalu yang lalu, tempat yang pasti menjadi persinggahan adalah Kundasang. Mana tidaknya Kundasang terkenal dengan tempatnya yang sejuk berbanding tempat-tempat lain di Sabah ini. Apa yang menjadi tarikan utama di sini adalah penanaman sayur-mayur seperti sawi, kubis, tomato, kacang buncis, brokoli, cili merah, bunga kubis dan pelbagai lagi (bak kata orang kundasang kaya dengan sayur-sayuran). Lagi satu yang menjadi tarikan orang ramai baik dalam negara mahupun luar negara adalah pemandangan yang sangat indah di Kundasang ini. Buktinya semasa saya dan keluarga singgah sebentar di kundasang saya terjumpa dengan pelancong asing. Dia berdiri di sebelah sambil mengambil gambar persekitaran then she said ' wow that's beautiful' beberapa kali sambil tidak henti-henti mengambil gambar. Sungguh dia kelihatan kagum dengan keindahan alam di daerah ini.  Jika kurang percaya try to visit Kundasang, Sabah. 

Sampainya saya ke kundasang saya mencari sesuatu yang baru. Seperti barang-barang perhiasan, makanan, dan sebagainya. Mungkin pada orang-orang di sini ia bukan sesuatu yang baru tetapi saya bukan orang daerah ini hahah.  So I try to find something interesting then lastly I found what I want. Guest what?..Jeng..Jeng!!! Look at the pictures below..thats it..hahaha



 Ini dia keropok bayam yang saya maksudkan. Sedap keropok ni. Diperbuat daripadan sayur bayam, garam dan tepung. Keropok ni Ada kat kundasang sahaja. Kalau tempat lain mungkin ada tapi agak mahal.




Harga sebenar RM3.00 tetapi penjual bagi harga RM2.00 sahaja. Baik sungguh penjual tersebut.
Terima kasih daun keladi, lain kali saya datang sini nak beli lagi.




Tidak mengandungi perisa tiruan. Sesuai dimakan untuk seisi keluarga.

Bagi yang belum pernah datang ke Kundasang apa kata melancong ke sini pula. Percutian anda pasti lebih menarik dan tidak sia-sia. Udara yang sungguh nyaman tentu tidak akan dilupakan. Apa yang penting jangan lupa beli keropok bayam untuk dimakan sambil menikmati udara segar di sini. Anda juga boleh jadikan keropok bayam ini sebagai ole-ole untuk teman-teman anda. Mereka pasti gembira.

Sekian.

No comments: