Makanan laut

Malam ni giliranku prepare dinner untuk family. So fikir punya fikir menu apa nak masak malam ni ya. Buka peti sejuk idea masih tak timbul-timbul. Lastly baru dapat idea apalagi Udang Goreng Tepung menu utama (masakan kegemaran).

Sometimes, I think cooks can make people feel happy and peacefully. Apa tidaknya sambil memasak sempat lagi menyanyi. Pernah tidak anda menghadapi situasi sebegini semasa sedang memasak? Mungkin ya mungkin juga tidak. Saya tidak tahu. haha...

Itu cerita pasal memasak. Tutup cerita. Buka cerita baru.
Pada saya penduduk Tawau sangat bertuah. Kenapa? Ya bertuah bagi penggemar makanan lautnya. Tawau kaya dengan makanan laut yang segar-segar seperti ikan, udang, ketam, dan sebagainya. Selain itu, harga makanan laut di sini amat berpatutan (Puas Hati). Kebiasaanya penduduk tawau akan membeli makanan  laut ini di Pasar Ikan Tawau tetapi ada satu tempat di Tawau ini terdapatnya makanan laut yang segar-segar iaitu di Batu 3. Pembeli tentu berpuas hati apabila membeli di situ. Bagi yang tidak tahu usah lepaskan peluang membeli makanan laut di situ yer.

Sekian.....



No comments: