Mesin taip

Salam

Lama sungguh rasanya saya meninggalkan 'Myshorthand' ini. Entri kali ini akan memberikan pengetahuan kepada anda mengenai satu benda. Benda apa? Benda mesti dan sering diperlukan di sesebuah pejabat. Benda ini juga kadang-kadang terdapat di rumah. Bagi seseorang yang menceburi bidang pekerjaan di pejabat sudah tentu tahu kepentingan mesin taip ini. Bagi mereka yang tidak menceburi bidang kerja pejabat mungkin merasa hairan mengapa masih wujud mesin taip sedangkan pada zaman moden ini dunia sudah kebanjiran komputer, laptop, printer dan lain-lain lagi. Mesin taip ini berfungsi untuk mempercepatkan kerja-kerja seperti mengisi borang-borang, menaip alamat pada sampul surat, dan sebagainya. Adakah kita perlu menggunakan komputer untuk mengisi borang-borang? Sudah tentu tidak bukan kerana ia semakin melambatkan kerja-kerja kita apabila kita terpaksa mengubah setting pada komputer yang begitu kompleks dan akhirnya kita hanya membazir masa di mana kerja yang mudah menjadi sukar.

Terdapat 2 jenis mesin taip yang digunakan sekarang iaitu mesin taip yang tidak menggunakan elektrik dan mesin taip yang menggunakan elektrik. Kedua-dua mesin taip ini mempunyai kebaikan dan keburukan yang tersendiri. Ingin tahu? Lihat gambar di bawah ini.



Ini adalah mesin taip yang tidak menggunakan elektrik. Mesin taip ini ada kelemahannya di mana keyboardnya yang keras. Kelebihannya pula ialah mesin ini boleh terus digunakan bila-bila masa kerana tidak memerlukan elektrik untuk berfungsi. Selain itu, daripada pengalaman saya keyboardnya yang keras mengelakkan kita daripada melakukan banyak kesilapan. Bagi yang tidak biasa menggunakan mesin taip ini mungkin tangan anda akan berasa sakit apabila menaip.




Ini pula mesin taip yang menggunakan kuasa elektrik jadi bermakna ia hanya boleh berfungsi dengan adanya kuasa elektrik yang disambungkan kepada alat ini. Keyboard alat ini lembut. Malah lembut daripada keyboard komputer ataupun laptop. Berjaga-jaga apabila menekan alat ini kerana abjad berulang mungkin akan berlaku apabila anda menaip. Taiplah dengan lembut. Kelemahan alat ini adalah ia tidak akan berfungsi jika tiada elektrik.

Bagi saya, saya lebih suka mesin taip yang menggunakan kuasa elektrik. Kenapa? Sebab semasa pengajian dulu kami mempelajari mesin taip yang menggunakan elektrik. Jari-jemari ini sudah terbiasa menaip dengan lembut. Akhir kata, sedikit info ini saya kongsikan kepada anda semua. Semoga ia memberi manfaat serta informasi untuk menambah ilmu pengetahuan di samping kita berblogging. Sekian.

Secretary Zainab selesai menaip pada pukul 8.01

2 comments:

♥ Nabiha ♥ said...

TERIMA KASIH dengan info nie:)

Cik Zai said...

Sama2 Nabiha ^_^