Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih!!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua....

Seperti selalu ayatku yang telah lapuk dek zaman 'aku dah lama tak post entry'..hahahahahahaha. Jadi hari ni aku malas nak bagi pelbagai alasan yang mantap sebab 'hendak seribu daya tak hendak seribu dalih' ..Ngam tak peribahasa tu? Toingggg!!!!!

Cerita sedikit mengenai perkembangan terbaru. Sejak dua menjak ni aku mula perasan mengenai kepentingan bersenam. Lagi-lagi pekerja seperti aku yang sangat dan tersangatlah jarang membuat kerja-kerja yang mengeluarkan peluh akibat duduk berjam-jam dalam ofis  yang berpenghawa dingin. Macam senang jer kerja aku kan. Sudah2..tak ada maknanya..Namanya kerja tak ada satu pun yang senang. Oleh sebab itu, aku rasa diriku telah berada di tahap bahaya kerana jarang mengeluarkan peluh. So, mulai dari sekarang aku perlu satu anjakan paradigma (cewah)..tak maksud aku I need to exercise. Kalau boleh hari-hari. Kenapa? Sebab kalau aku tak berpeluh bermaksud toksin dalam badan akan berkumpul dan berkumpul dan ohhhhh tidakkkkkk!!!!...Aku tidak perlu cerita panjang-panjanglah. Korang faham sendirilah kesan negetifnyakan.

Apa yang aku  pelik ibu-bapa sekarang suka sangat kalau anak mereka kerja senang-senang lagi-lagi kalau duduk dalam ofis goyang kaki. Mereka anggap kerja buruh atau kerja yang berat-berat ni tak bagus. Aduhaii walhal kerja-kerja buruh ni lagi menyihatkan bagi aku. Sebab kerja berat ni di samping kita melakukan kerja kita juga turut mengeluarkan peluh. Nah kalau mengeluarkan peluh maknanya toksin dari badan akan keluar. Ramai orang tidak suka berpeluh kerana bagi mereka orang yang berpeluh busuk dan sebagainya walhal dari segi saintifik orang yang berpeluh adalah lebih bersih daripada orang yang tidak mengeluarkan peluh kerana toksin dari badan telah keluar bagi orang yang berpeluh dan sebaliknya bagi orang yang tidak mengeluarkan peluh toksin akan terkumpul dan terkumpul lantas pelbagai penyakit akan bertandang. Nah jaga-jaga!!!

Jadi kesimpulannya, aku dan korang semua perlulah bersenam selalu agar anda lebih sihat di samping menjaga badan anda agar tidak mengalami masalah berat badan. Janganlah tunggu perut jadi boroi baru kita nak excercise kan. Lagi satu kalau korang nak tahu bersenam dapat menghilangkan stress serta menjadikan anda awet muda heeeeeeee ^_^

Selipar siapa ni tetinggal haaaa....

Cousin

Seperti selalu, disebabkan aku suka sangat dengan budak-budak jadi entry pada kali ini adalah mengenai anak Cousin ^_^.

Nama dia Arman Ghazali. Lihat gambar di bawah...


Nilah anak cousin saya.
Budak ni nampak comel jer tapi punyalah hyperactif sangat-sangat dan kadang-kadang aku pun hanya mampu bersabar dengan kerenah budak ni. Yalah dah nakal sangat. Tapi yang aku pelik kadang-kadang baik pulak budak ni hihihihh..



Apa yang aku rasa unik mengenai budak ni ialah dia suka menendang bola dengak kaki kidalnya dan tendangannya bukan main kuat menyamai budak berusia 8 tahun padahal anak cousin ku ini baru berusia 2 tahun lebih. Pernah satu hari tu dia tendang bola hingga tercabut kuku kakinya. Betul!!! Ini bukan cerita rekaan. Berdarah kaki budak ni. Apa tidaknya tendangannya tidak sesuai dengan usia.


Selain itu, disebabkan belum petah berkata-kata dia mempunyai pertuturan yang unik. Seperti..

Minum dia akan kata 'Mimi'
Makan dia kata 'nyam-nyam'
Telur dia kata ' lulu'
Bola dia kata 'bua'
Dan banyak lagi la perkataan yang dia cipta....

Budak ni juga suka makan buah limau. Pantang nampak buah limau kat pasar raya dicapai sesuka hati. Seperti buah limau ini adalah makanan paling sedap di dunia Hahaha.

Sekian untuk entry kali ini...

Moringa oleifera (Daun Kelo)

Bismillahirrahmanirahim...

Siapa tahu daun kelo tu apa. Bagi suku Bugis mereka memanggil daun kelo sebagai daun kelor. Bagi yang tinggal di kampung-kampung memang sinonim dengan daun kelo ini.   Kalau boleh hari-hari nak makan daun kelo. Mungkin anda masih samar-samar lagi apa benda daun kelo ni. Okay cuba lihat gambar kat bawah.


Pokok Kelo

Haaaaa!!!!! Inilah dia pokok kelo yang aku nak cerita ni. Kalau sekarang ni orang sibuk makan sayur-sayur moden seperti kobis, paprika hijau, paprika kuning, carrot, bayam, sawi dan sebagainya. Okaylah daripada tak makan sayur langsungkan. Cuma sayur-sayur moden ni kita terpaksa beli dekat pasar sayur. Apa yang menarik dengan pokok kelo ni ianya boleh kita tanam sendiri dekat depan rumah, belakang rumah, tepi rumah atau di mana-mana yang kita suka. Pacak jer batang kelo ni kat tanah dan biar jer tak perlu nak jaga-jaga then dalam seminggu kita dah boleh lihat hasilnya.

Antara khasiat daun kelo ini adalah ia dapat mengubati sakit kuning (Lever), Reumatik, Sakit mata, Sukar buang air kecil, Alergi, Cacingan luka bernanah dan sebagainya.

So, in case korang malas nak pergi pasar kan, korang bolehlah masak sayur daun kelo ni. Sangat berkhasiat dan sedap pulak tu. Paling best bila ada pokok kelo kat rumah jadi hari-hari korang boleh makan sayur fresh. Asal rasa nak makan tinggal petik jer kat depan rumah. Berbanding kalau korang beli sayur kat pasar tu kan confirm korang akan sumbat dalam peti sejuk sampai 2 ke 3 hari sampi sayur tu layu baru korang nak masak kan3....


Daun kelo yang baru dipetik



Haaaa!!! Inilah daun kelo yang aku petik tadi. Bukan sekadar memetik tetapi aku juga terpaksa memanjat pokok kelo yang tingginya telah mencapi tahap 4 kali ketinggianku (Bukan lelaki jer boleh memanjat perempuan pun teror taw). Bukan apa sebab aku nak ambil daun-daun yang muda-muda yang sememangnya berada di puncak teratas pokok.



 Daun kelo perlu diasingkan dahulu daripada batangnya.

Daun kelo yang telah diasingkan daripada batangnya
Antara tips yang aku lakukan agar sayur ni menjadi lebih sedap ketika dimasak ialah campurkan dengan labu serta daun cemangi.  Korang jangan pandai-pandai goreng pulak sayur ni. Daun kelo ni hanya sesuai untuk direbus. Inikan sayur yang berkhasiat. Minyak-minyak ni langsung tidak diperlukan.

Okay, sedikit info sihat hari ni. Semoga ianya bermanfaat ^_^. Peace....


Sujud Syukur

Gambar sekadar hiasan
 DEFINISI
Sujud Syukur ialah sujud terima kasih kerana mendapat nikmat (keuntungan) seperti mendapat harta, lahir seorang anak, atau terhindar daripada bahaya dan kesusahan yg besar.

WAKTU
Sujud Syukur disunatkan sewaktu mendapat keuntungan atau sewaktu terhindar daripada bencana dan sebagainya

DALIL

Daripada saidina Abu Bakar r.a. menceritakan bahawa Nabi MUhammad SAW apabila datang kepada beliau sesuatu yang mengembirakan atau khabar yang baik, beliau terus sujud berterima kasih kepada Allah SWT. Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud dan Termidzi r.a.

RUKUN

1 Niat
2 Takbiratulihram
3 Sujud
4 Memberi salam

SYARAT-SYARAT

Disyaratkan sujud syukur dengan beberapa syarat :
a. Suci dari hadath besar dan kecil
b. Suci dari najis samaada di badan, pakaian dan tempat
c. Menghadap ke kiblat
d. Menutup aurat

CARA-CARA MELAKUKAN
Pertama : Niat, SAHAJA AKU SUJUD SYUKUR KERANA ALLAH TAALA

Kedua : Mengangkat takbiratulihram, ( ALLAHUAKBAR )
Ketiga : Sujud, sepertimana sujud dalam Solat

Bacaan dalam sujud


1.SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALA ILAHA ILLALLAH HUWALLAHU AKBAR 3kali

2. Kemudian berdoa di dalam hati dalam bahasa melayu (peringatan kalau dilafazkan dalam bahasa melayu     batal sujud syukur tersebut)

A. YA ALLAH KAMI BERSYUKUR DI ATAS KURNIAAN DAN NIKMATMU

B. YA ALLAH KAMI BERSYUKUR DENGAN REZEKI YANG TELAH ENGKAU BERIKAN     KEPADA KAMI 
 




Sunday Picnic

Assalamualaikum...

Hari ni atas desakan adikku yang kecil yang teringin sangat nak pergi Taman Bukit Tawau kami pun pergilah berkelah ke sana walaupun hati ini terasa malas sangat (takpe kasi can dengan adik) hihihih.

Persiapan yang ala kadar sahaja.... Plan last minute macam ni tak sempat nak prepare apa-apa (nasib la badan).

Taman Bukit Tawau ni dekat sahaja. Dalam masa 10 minit pun dah sampai. Okay, ikuti kisah di bawah...


Haa..kan dah sampai..inilah Taman Bukit Tawau ^_^

Tengok ni ...wahhhhh bestttt..aku rasa nak terjun jer

Jambatan gantung.... kalau berani terjunlah ke bawah haha

Tak mandi ambil gambar pun jadilah

Kat tangga pun nak ambil gambar..hahaha

 
Signboard yang cantik ^_^

Masa untuk pulang.. Selamat tinggal..nanti kami datang lagi ^_^

Ahmad Syafiq!!!

Lihatlah gelagat si kecil ni ( adik aku). Macam happy jer dia baring kat tengah padang tu kan.

Ketenangan ada di mana-mana..cari!!!

Assalamualaikum…

Kali ni aku nak kongsikan gambar pemandangan yang aku ambil kat mana lagi kalau bukan kat Sabah ni. Disebabkan aku suka sangat dan sangat-sangatlah suka ambil gambar di merata-rata tempat yang aku rasa aku nak ambil dengan hanya menggunakan handphone Nokia X2 aku ni (korang jangan cuba-cuba nak gelak taw). Bukan apa aku malas nak berangkut camera ke sana dan ke sini.. beratlahhh (alasan semata hahahah). Okay, we going to the subject...Elakkan diri dari merapu tak tentu pasal ^_^.



Highway Tawau..aku suka tengok awan kat atas tu..



See... pelancong asing suka sangat tengok gunung-ganang kat Sabah




Ini adalah air yang mengalir dari gunung... sejuk dan jernih..



Bapa aku gelar Masjid ni Masjid Terapung. Ianya terletak di KK

Tenang....


Aku tak suka ambil gambar diri sendiri. Aku lebih suka ambil gambar pemandangan sebabnya gambar-gambar pemandangan inilah yang membuatkan aku bersyukur sangat-sangat dengan anugerah Allah SWT yang tidak ternilai ini. Awan, laut, gunung-ganang, tanah merupakan satu gabungan yang sangat lengkap, sangat cantik, semulajadi dan hingga tidak dapat digambarkan dengan kata-kata betapa cantik keindahan anugerah Allah SWT ini.





Ceria seceria hari ini

Cantik benda ni lagi-lagi kalau letak di atas meja ofis tapi bukan
untuk dijual (alahai baru jak berangan mo beli)

Nah ini lagi satu benda yang aku suka. Korang taw apa ni?
Inilah peti harta karun. Macam orang dulu-dulu letak harta
dalam ni..hahahaahha

Cantikkan benda ni. Ini bagi aku sesuai
kalau buat tong sampah dalam bilik ^_^

Unik ^_^

Kalau tengok cawan-cawan ni aku rasa macam nak minum milo panas ^_^

Kerusi yang sangat ceria ^_^

Cikgu kenapa asap ni tidak sejuk????


Belajar rajin-rajin ya adik-adik
Teringat kisah dahulu semasa dalam darjah 2 di mana satu hari saya serta beberapa orang rakan mengikuti kelas komputer di sekolah. Semasa sesi pembelajaran cikgu membahagikan kepada beberapa orang dan satu komputer untuk penggunaan 2 orang pelajar.

Dikisahkan di sini semasa sedang menyiapkan lukisan di dalam komputer tiba-tiba komputer yang saya gunakan telah berasap. Disebabkan pemikiran masih budak lagi saya rasa teruja dengan asap tersebut dan membiarkan sahaja CPU tersebut berasap sehinggakan seorang kawan yang duduk bersebelahan dengan saya datang bermain dengan asap yang keluar pada CPU komputer yang saya gunakan. Cikgu langsung tidak menyedari keadaan tersebut kerana beliau tengah kusyuk meneliti dan menyemak sebuah buku.http://www.cute-smiley.com

Akhirnya kawan saya yang bermain asap tersebut bersuara ‘cikgu kenapa asap ini tidak sejuk?’http://www.cute-smiley.com Tidak semena-mena cikgu berlari ke arah suis komputer dan terus mematikan suis.  Barulah kami menyedari CPU tersebut telah terbakar. Jadi salah siapa? Adakah salah saya? Hmmm.. jika dipikirkan memang salah saya disebabkan saya adalah orang terakhir yang menggunakan komputer tersebut tetapi saya masih budak lagi yang tidak logik untuk dipersalahkan. Saya juga bukan sengaja merosakkan CPU. Ia terjadi mungkin disebabkan litar pintas. Nasib baik cikgu tidak memarahi saya. Syukur Alhamdulillah.http://www.cute-smiley.com

Wujud lagi!!!!!!


Ini bukan pondok....

tetapi ini adalah 'toilet'....

Jika zaman dulu memang tidak hairan kewujudan tandas sebegini..

Tandas ini nampak sahaja usang  tetapi hakikatnya masih aktif digunakan oleh mereka-mereka itu...

Tetapi yang menghairankan ia masih wujud lagi pada masa kini....

Persoalannya adakah mereka-mereka itu malas? Lihatlah keadaan tandas ini tersangatlah usang, kedudukan pun senget sepertinya bila-bila masa akan roboh dan tiada sambungan paip untuk membekalkan air..

Hmmmmm....ada-ada saja manusia kini.....




Wujud lagi tandas sebegini rupa yer..pelik2