Cousin

Seperti selalu, disebabkan aku suka sangat dengan budak-budak jadi entry pada kali ini adalah mengenai anak Cousin ^_^.

Nama dia Arman Ghazali. Lihat gambar di bawah...


Nilah anak cousin saya.
Budak ni nampak comel jer tapi punyalah hyperactif sangat-sangat dan kadang-kadang aku pun hanya mampu bersabar dengan kerenah budak ni. Yalah dah nakal sangat. Tapi yang aku pelik kadang-kadang baik pulak budak ni hihihihh..



Apa yang aku rasa unik mengenai budak ni ialah dia suka menendang bola dengak kaki kidalnya dan tendangannya bukan main kuat menyamai budak berusia 8 tahun padahal anak cousin ku ini baru berusia 2 tahun lebih. Pernah satu hari tu dia tendang bola hingga tercabut kuku kakinya. Betul!!! Ini bukan cerita rekaan. Berdarah kaki budak ni. Apa tidaknya tendangannya tidak sesuai dengan usia.


Selain itu, disebabkan belum petah berkata-kata dia mempunyai pertuturan yang unik. Seperti..

Minum dia akan kata 'Mimi'
Makan dia kata 'nyam-nyam'
Telur dia kata ' lulu'
Bola dia kata 'bua'
Dan banyak lagi la perkataan yang dia cipta....

Budak ni juga suka makan buah limau. Pantang nampak buah limau kat pasar raya dicapai sesuka hati. Seperti buah limau ini adalah makanan paling sedap di dunia Hahaha.

Sekian untuk entry kali ini...

No comments: