Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih!!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua....

Seperti selalu ayatku yang telah lapuk dek zaman 'aku dah lama tak post entry'..hahahahahahaha. Jadi hari ni aku malas nak bagi pelbagai alasan yang mantap sebab 'hendak seribu daya tak hendak seribu dalih' ..Ngam tak peribahasa tu? Toingggg!!!!!

Cerita sedikit mengenai perkembangan terbaru. Sejak dua menjak ni aku mula perasan mengenai kepentingan bersenam. Lagi-lagi pekerja seperti aku yang sangat dan tersangatlah jarang membuat kerja-kerja yang mengeluarkan peluh akibat duduk berjam-jam dalam ofis  yang berpenghawa dingin. Macam senang jer kerja aku kan. Sudah2..tak ada maknanya..Namanya kerja tak ada satu pun yang senang. Oleh sebab itu, aku rasa diriku telah berada di tahap bahaya kerana jarang mengeluarkan peluh. So, mulai dari sekarang aku perlu satu anjakan paradigma (cewah)..tak maksud aku I need to exercise. Kalau boleh hari-hari. Kenapa? Sebab kalau aku tak berpeluh bermaksud toksin dalam badan akan berkumpul dan berkumpul dan ohhhhh tidakkkkkk!!!!...Aku tidak perlu cerita panjang-panjanglah. Korang faham sendirilah kesan negetifnyakan.

Apa yang aku  pelik ibu-bapa sekarang suka sangat kalau anak mereka kerja senang-senang lagi-lagi kalau duduk dalam ofis goyang kaki. Mereka anggap kerja buruh atau kerja yang berat-berat ni tak bagus. Aduhaii walhal kerja-kerja buruh ni lagi menyihatkan bagi aku. Sebab kerja berat ni di samping kita melakukan kerja kita juga turut mengeluarkan peluh. Nah kalau mengeluarkan peluh maknanya toksin dari badan akan keluar. Ramai orang tidak suka berpeluh kerana bagi mereka orang yang berpeluh busuk dan sebagainya walhal dari segi saintifik orang yang berpeluh adalah lebih bersih daripada orang yang tidak mengeluarkan peluh kerana toksin dari badan telah keluar bagi orang yang berpeluh dan sebaliknya bagi orang yang tidak mengeluarkan peluh toksin akan terkumpul dan terkumpul lantas pelbagai penyakit akan bertandang. Nah jaga-jaga!!!

Jadi kesimpulannya, aku dan korang semua perlulah bersenam selalu agar anda lebih sihat di samping menjaga badan anda agar tidak mengalami masalah berat badan. Janganlah tunggu perut jadi boroi baru kita nak excercise kan. Lagi satu kalau korang nak tahu bersenam dapat menghilangkan stress serta menjadikan anda awet muda heeeeeeee ^_^

Selipar siapa ni tetinggal haaaa....

No comments: