Ketenangan ada di mana-mana..cari!!!

Assalamualaikum…

Kali ni aku nak kongsikan gambar pemandangan yang aku ambil kat mana lagi kalau bukan kat Sabah ni. Disebabkan aku suka sangat dan sangat-sangatlah suka ambil gambar di merata-rata tempat yang aku rasa aku nak ambil dengan hanya menggunakan handphone Nokia X2 aku ni (korang jangan cuba-cuba nak gelak taw). Bukan apa aku malas nak berangkut camera ke sana dan ke sini.. beratlahhh (alasan semata hahahah). Okay, we going to the subject...Elakkan diri dari merapu tak tentu pasal ^_^.



Highway Tawau..aku suka tengok awan kat atas tu..



See... pelancong asing suka sangat tengok gunung-ganang kat Sabah




Ini adalah air yang mengalir dari gunung... sejuk dan jernih..



Bapa aku gelar Masjid ni Masjid Terapung. Ianya terletak di KK

Tenang....


Aku tak suka ambil gambar diri sendiri. Aku lebih suka ambil gambar pemandangan sebabnya gambar-gambar pemandangan inilah yang membuatkan aku bersyukur sangat-sangat dengan anugerah Allah SWT yang tidak ternilai ini. Awan, laut, gunung-ganang, tanah merupakan satu gabungan yang sangat lengkap, sangat cantik, semulajadi dan hingga tidak dapat digambarkan dengan kata-kata betapa cantik keindahan anugerah Allah SWT ini.





No comments: