Cikgu kenapa asap ni tidak sejuk????


Belajar rajin-rajin ya adik-adik
Teringat kisah dahulu semasa dalam darjah 2 di mana satu hari saya serta beberapa orang rakan mengikuti kelas komputer di sekolah. Semasa sesi pembelajaran cikgu membahagikan kepada beberapa orang dan satu komputer untuk penggunaan 2 orang pelajar.

Dikisahkan di sini semasa sedang menyiapkan lukisan di dalam komputer tiba-tiba komputer yang saya gunakan telah berasap. Disebabkan pemikiran masih budak lagi saya rasa teruja dengan asap tersebut dan membiarkan sahaja CPU tersebut berasap sehinggakan seorang kawan yang duduk bersebelahan dengan saya datang bermain dengan asap yang keluar pada CPU komputer yang saya gunakan. Cikgu langsung tidak menyedari keadaan tersebut kerana beliau tengah kusyuk meneliti dan menyemak sebuah buku.http://www.cute-smiley.com

Akhirnya kawan saya yang bermain asap tersebut bersuara ‘cikgu kenapa asap ini tidak sejuk?’http://www.cute-smiley.com Tidak semena-mena cikgu berlari ke arah suis komputer dan terus mematikan suis.  Barulah kami menyedari CPU tersebut telah terbakar. Jadi salah siapa? Adakah salah saya? Hmmm.. jika dipikirkan memang salah saya disebabkan saya adalah orang terakhir yang menggunakan komputer tersebut tetapi saya masih budak lagi yang tidak logik untuk dipersalahkan. Saya juga bukan sengaja merosakkan CPU. Ia terjadi mungkin disebabkan litar pintas. Nasib baik cikgu tidak memarahi saya. Syukur Alhamdulillah.http://www.cute-smiley.com

No comments: