Moringa oleifera (Daun Kelo)

Bismillahirrahmanirahim...

Siapa tahu daun kelo tu apa. Bagi suku Bugis mereka memanggil daun kelo sebagai daun kelor. Bagi yang tinggal di kampung-kampung memang sinonim dengan daun kelo ini.   Kalau boleh hari-hari nak makan daun kelo. Mungkin anda masih samar-samar lagi apa benda daun kelo ni. Okay cuba lihat gambar kat bawah.


Pokok Kelo

Haaaaa!!!!! Inilah dia pokok kelo yang aku nak cerita ni. Kalau sekarang ni orang sibuk makan sayur-sayur moden seperti kobis, paprika hijau, paprika kuning, carrot, bayam, sawi dan sebagainya. Okaylah daripada tak makan sayur langsungkan. Cuma sayur-sayur moden ni kita terpaksa beli dekat pasar sayur. Apa yang menarik dengan pokok kelo ni ianya boleh kita tanam sendiri dekat depan rumah, belakang rumah, tepi rumah atau di mana-mana yang kita suka. Pacak jer batang kelo ni kat tanah dan biar jer tak perlu nak jaga-jaga then dalam seminggu kita dah boleh lihat hasilnya.

Antara khasiat daun kelo ini adalah ia dapat mengubati sakit kuning (Lever), Reumatik, Sakit mata, Sukar buang air kecil, Alergi, Cacingan luka bernanah dan sebagainya.

So, in case korang malas nak pergi pasar kan, korang bolehlah masak sayur daun kelo ni. Sangat berkhasiat dan sedap pulak tu. Paling best bila ada pokok kelo kat rumah jadi hari-hari korang boleh makan sayur fresh. Asal rasa nak makan tinggal petik jer kat depan rumah. Berbanding kalau korang beli sayur kat pasar tu kan confirm korang akan sumbat dalam peti sejuk sampai 2 ke 3 hari sampi sayur tu layu baru korang nak masak kan3....


Daun kelo yang baru dipetik



Haaaa!!! Inilah daun kelo yang aku petik tadi. Bukan sekadar memetik tetapi aku juga terpaksa memanjat pokok kelo yang tingginya telah mencapi tahap 4 kali ketinggianku (Bukan lelaki jer boleh memanjat perempuan pun teror taw). Bukan apa sebab aku nak ambil daun-daun yang muda-muda yang sememangnya berada di puncak teratas pokok.



 Daun kelo perlu diasingkan dahulu daripada batangnya.

Daun kelo yang telah diasingkan daripada batangnya
Antara tips yang aku lakukan agar sayur ni menjadi lebih sedap ketika dimasak ialah campurkan dengan labu serta daun cemangi.  Korang jangan pandai-pandai goreng pulak sayur ni. Daun kelo ni hanya sesuai untuk direbus. Inikan sayur yang berkhasiat. Minyak-minyak ni langsung tidak diperlukan.

Okay, sedikit info sihat hari ni. Semoga ianya bermanfaat ^_^. Peace....


2 comments:

Anonymous said...

Wow, this article is pleasant, my sister is analyzing such things, so I am going to let know her.



Here is my weblog - WhatS A Registered Dietitian

Anonymous said...

Please let me know if you're looking for a article author for your weblog. You have some really good posts and I think I would be a good asset. If you ever want to take some of the load off, I'd love
to write some articles for your blog in exchange for a link back to mine.
Please send me an email if interested. Regards!


Here is my web blog what�s a registered dietitian