Sujud Syukur

Gambar sekadar hiasan
 DEFINISI
Sujud Syukur ialah sujud terima kasih kerana mendapat nikmat (keuntungan) seperti mendapat harta, lahir seorang anak, atau terhindar daripada bahaya dan kesusahan yg besar.

WAKTU
Sujud Syukur disunatkan sewaktu mendapat keuntungan atau sewaktu terhindar daripada bencana dan sebagainya

DALIL

Daripada saidina Abu Bakar r.a. menceritakan bahawa Nabi MUhammad SAW apabila datang kepada beliau sesuatu yang mengembirakan atau khabar yang baik, beliau terus sujud berterima kasih kepada Allah SWT. Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud dan Termidzi r.a.

RUKUN

1 Niat
2 Takbiratulihram
3 Sujud
4 Memberi salam

SYARAT-SYARAT

Disyaratkan sujud syukur dengan beberapa syarat :
a. Suci dari hadath besar dan kecil
b. Suci dari najis samaada di badan, pakaian dan tempat
c. Menghadap ke kiblat
d. Menutup aurat

CARA-CARA MELAKUKAN
Pertama : Niat, SAHAJA AKU SUJUD SYUKUR KERANA ALLAH TAALA

Kedua : Mengangkat takbiratulihram, ( ALLAHUAKBAR )
Ketiga : Sujud, sepertimana sujud dalam Solat

Bacaan dalam sujud


1.SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALA ILAHA ILLALLAH HUWALLAHU AKBAR 3kali

2. Kemudian berdoa di dalam hati dalam bahasa melayu (peringatan kalau dilafazkan dalam bahasa melayu     batal sujud syukur tersebut)

A. YA ALLAH KAMI BERSYUKUR DI ATAS KURNIAAN DAN NIKMATMU

B. YA ALLAH KAMI BERSYUKUR DENGAN REZEKI YANG TELAH ENGKAU BERIKAN     KEPADA KAMI 
 




2 comments:

suichi said...

syukuur...syukuur~~~

~~ehh.. betul ba akakmu mau kawin? hehe

zainab said...

heheheh..gosip melodi jak tu suichi ^_^