Seekor anjing yang telah berbudi kepadaku

Assalamualaikum dan salam sejahtera anda semua.....

Satu kejadian yang benar-benar terjadi tempoh hari. Aku telah kehilangan dompet. Seingatku malam sebelum kehilangan dompet aku dan kakak pergi membeli-belah di sebuah pasar raya (Parkwell) di Tawau ini. Aku hanya membawa sebuah dompet ke sana.

Disebabkan kelekaanku aku langsung tidak perasan bila kehilangan dompet tersebut. Sehinggalah keesokan hari seorang jiran telah datang ke rumahku dan mengatakan kad pengenalanku ada bersama seorang lelaki cina yang tinggal di beberapa baris dari perkampungan kami. Menurut jiranku lagi lelaki cina tersebut mencari pemilik kad pengenalan tersebut. Pada masa tersebut aku baru perasan bahawa aku telah kehilangan dompet. Lalu aku dan jiranku telah ke rumah lelaki berbangsa cina tadi. Pelbagai soalan di berikan kepadaku untuk memastikan bahawa aku adalah pemilik sebenar dompet tersebut. Antara soalannya adalah:

Apa isi dompet?
Bila hilang dompet?
Berapa jumlah duit yang terdapat di dalam dompet?
Berapa no. kad pengenalan?
Kenapa gambar dalam kad pengenalan tidak serupa dengan orangnya?

Akhirnya lelaki berbangsa cina itu memberikan dompet kepadaku dan sempat memberi penjelasan mengapa dompetku berada ditangannya. Katannya, dompet tersebut telah dijumpai oleh anjing peliharaannya ketika beliau sedang berjaga malam di malam selepas pengkebumian anak sulungnya yang baru meninggal. Anjing tersebut telah membawa dompet tersebut kepadanya.

Rasa bersyukur sebab menjumpai dompet kembali kerana terdapat benda-benda penting dalam dompet tersebut seperti buku simpana ASB, kad pengenalan, kad matriks, kad library, kad-kad atm, duit, reload 10 keping, kad klinik, dan sebagainya.

p/s: Sebenarnya mungkin hampir 4-5 kali aku telah kehilangan dompet tetapi aku bernasib baik kerana tiap kali hilang pasti aku akan menjumpai dompetku kembali. Syukur Alhamdulillah.

p/s/s: Kini dompet tersebut tidak ku gunakan lagi kerana jika aku ingin menggunakan aku perlu samak dahulu dompet tersebut. So, aku perlu beli dompet baru. P E A C E...

p/s/s/s: Terima kasih kepada Tuan empunya anjing dan juga anjingnya ^_^

Gambar sekadar hiasan





Korang tak bayar PTPTN lagi erk...


Sudah tentu ramai yang membuat pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) atas dasar "tak nak membebankan ibu-bapa". Yalah disebabkan kos belajar ni bukan sedikit. Puluh-puluh ribu juga lagi-lagi kalau kolej-kolej dan pusat pendidikan tinggi bukan under gov. Takkan kita nak susahkan ibu-bapakan.  Bagi yang mendapat biasiswa anda patut bersyukur kerana anda terlepas daripada hutang ok.

So, topik kali ini berkaitan kita yang membuat Pinjaman PTPTN. Berapa ramai yang tak ambil kisah hutang anda dengan PTPTN. Bukan sedikit tahu. Antara jumlah yang kita pinjam paling sedikit pun RM10,000.00 dan ke atas. Kalau bidang pengajian anda mengambil masa 2 tahun untuk menamatkan pengajian ya mungkin sekadar RM10,000 dan ke atas tetapi jika 3 ke 4 tahun kadar pinjaman anda adalah lebih banyak dari itu. 

Kebanyakan pelajar mungkin tidak peduli dengan angka puluhan ribu kerana mereka gembira dapat duit banyak. Seperti menjadi orang kaya baru ^_^ hahahahaha. Gembira-gembira juga tetapi kena beringat kegembiraan tidak selamanya. Selepas 6 bulan tamat pengajian kita kena bayar balik tahu.

Dari pengalaman sendiri, aku dah ramai jumpa kawan-kawan a.k.a peminjam-peminjam PTPTN tetapi malangnya berapa ramai yang berdisiplin untuk bayar pinjaman mereka setiap bulan. Rata-rata belum mula bayar pun walaupun dah lama tamat pengajian. Lebih teruk lagi ada yang hampir 8 tahun tak bayar. Wahhh itu sudah kes parah sebab anda mungkin antara peminjam yang disenarai hitamkan oleh imigresen (jaga-jaga!!!!) Lagi satu kalau korang nak tahu lagi lama tempoh korang tak bayar lagilah bertambah hutang korang. Mungkin anda pinjam RM10,000 dan disebabkan malas nak bayar bertahun-tahun hutang korang telah meningkat dari RM10 ribu menjadi RM12 ribu.

Antara sebab mengapa peminjam-peminjam PTPTN ini tidak membayar pinjaman mereka adalah kerana:
  1. Menganggur (Belum mendapat sebarang pekerjaan). 
  2. Tak tahu cara nak bayar PTPTN.
  3. Malas nak peduli perihal hutang-hutang.
  4. Lupa (hahahaha).
  5. Degil.
  6. Lain-lain
So, korang yang bergelar Peminjam kenalah selalu update dengan laman web PTPTN agar korang dapat banyak maklumat atau cara how to settle hutang-hutang semua. Bagi yang belum bekerja ada caranya bagaimana nak settle, kalau tak tahu bagaimana nak bayar kat laman web PTPTN pun ada bagi langkah-langkah bagaimana nak bayar then kalau kes malas, lupa, degil tu pulak itu penyelesaiannya ada pada diri koranglah, ok?? Kalau korang malas nak ke bank bayar  guna internet banking pun boleh. Segalanya di hujung jari anda. Mudah bukan.

Semoga yang terlibat mengambil langkah bijak. Bayar jangan tak bayar. Kalau tak bayar nanti kena senarai hitam oleh imigresen. Nak melancong ke mana-mana pun susah. Tak gitu!!! P E A C E ^_^

Klik sini untuk ke laman web rasmi PTPTN

Rasulullah s.a.w bersabda yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah yang maksudnya : “Sesiapa mati, sedangkan dia masih menanggung hutang satu dinar atau satu dirham, maka akan diambil ganti daripada kebaikannya, kerana di sana tidak ada dinar dan tidak ada pula dirham”.





Busy VS tak ada kerja

Bagi yang belum bekerja mungkin belum merasai suasana alam pekerjaan. Sabar erk. Dah convo nanti korang akan bekerja juga. Bagi yang menganggur pula aku rasa korang perlu tingkatkan usaha untuk mencari peluang-peluang kerjaya di luar sana. Kata orang peluang ada di mana-mana tetapi belum rezeki. Kalau berusaha bersungguh-sungguh sudah tentu berjaya.

Aku nak cerita sedikit pengalaman setahun aku bekerja (pembetulan beberapa hari jer lagi genap setahun). Kebiasaannya ada 2 jenis situasi i'm facing with. Pertama situasi busy dengan kerja berlambak-lambak yang berjam-jam belum tentu siap dan lagi satu situasi free tak ada kerja. Antara 2 situasi ni aku lebih suka suasana busy berbanding tak ada kerja. Sebab apa?? Aku tak pandai nak belakon-lakon busy walaupun sememangnya aku tak ada kerja. Serious! Lagi satu disebabkan kat tempat keja bos jenis yang pantang tengok orang tak ada kerja jadi memang dah terdidik tak boleh tak ada keja. Kalau tak ada kena cari juga. (Disiplin kan ^__^)

So, aku suka bila ada staff yang bagi aku kerja. Lagi banyak lagi aku senang hati. Jadi aku tak juga rasa aku ni makan gaji buta. Paling best aku rasa apabila keja yang belambak-lambat aku dapat siapkan. Rasa nikmat pun ada. Bukan apa sebab dah penat-penat berjam-jam buat kerja dan akhirnya siap ^_^.

Semoga anda yang berkerjaya semakin bersemangat untuk bekerja ^_^.. P E A C E


Persahabatan tidak mungkin hingga ke jinjang pelamin!


Assalamualaikum..

Kita masih di awal tahun baru 2011. Pejam celik pejam celik akan tiba pertengahan tahun dan juga akhir tahun. Seperti selalu kita pasti akan menemui orang baru bernama manusia (aku maksudkan kawan) dan secara perlahan-lahan kawan-kawan lama akan turut menghilang meneruskan hidup masing-masing. Walaupun ada suka dan duka yang terlakar bersama kawan-kawan kita ianya pasti menjadi satu memori yang indah buat semua. Sebagai contoh mungkin kita pernah bergaduh dengan kawan semasa sekolah rendah dahulu dan ianya menyebabkan hubungan persahabatan terputus dan masa yang lama mengubati hati yang terluka. Akhirnya kita memaafkan sahabat kita dan akan tersenyum pabila mengingati kenangan bergaduh bersama kawan.

Bergaduh dengan kawan tidak salah kerana sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula hubungan persahabatan. Malah pergaduhan atau perselisihan faham ini lebih mengeratkan hubungan persahabatan di antara manusia.

Ada yang mengeluh, sedih, benci bila seorang sahabatnya yang dahulu rapat dan sering menghabiskan masa bersama-sama kini sudah jarang meluangkan masa serta berhubung dengannya. Adakah kita perlu berbuat sedemikian rupa. Mungkin kita lupa setiap insan ada jalan hidupnya masing-masing. 'Persahabatan tidak mungkin hingga ke jinjang pelamin'. Betul tidak? Kecuali sahabat anda kawin dengan anda. Pada akhirnya jua kita akan berpisah di dunia ini pabila tamat riwayat kita.

Apa yang penting kita hargai sahabat-sahabat atau teman-teman kita yang ada sekarang kerana belum tentu kita akan bertemu selama-lamanya. Tidak berjumpa dan jarang berhubung tidak bermakna hubungan persahabatan terputus. Ianya satu lakaran kehidupan di mana yang bertemu pasti akan berpisah. 

Oleh itu, doakan rakan-rakan serta sahabat-sahabat kita semoga mereka sentiasa berbahagia di sana ^_^.

Geng Basikal PMU
Amoi-amoi dan acai-acai SMKHT






Mana satu?????

Assalamualaikum...

Happy New Year for 2011. Disebabkan semangat berkobar-kobar untuk tahun 2011 ni so saya dah prepare awal2 Diary 2011. Hah Diary ni penting untuk pengurusan masa bagi saya oleh yang demikian saya telah membeli 3 jenis Diary yang berbeza walaupun fungsinya sama heeeee..Hahhh!! sampai 3 aku beli macam mana aku boleh boros sangat nih ??? Boros tu len cerita. Cuba lihat gambar di bawah ini...




Diary ni berunsur Islamic. So dalam ni ada Rukun Iman, Rukun Islam, Kisah-kisah Nabi dan sebagainya.



Yang ni pulak Diary Motivasi. Kandungannya banyak kata-kata hikmah so ia dapat meningkatkan motivasi diri.



Satu lagi saya tak ada gambar. Sebab saya dah letak awal-awal kat ofis. Diary yang formal berwarna hitam. So semua urusan kerja Diary tu akan saya gunakan.

So sekarang saya perlu buat pilihan antara 2.....

Dua-dua saya rasa menarik tapi saya hanya perlu satu dan mustahil untuk gunakan kedua-duanya..

Pada hemat saya dua-dua ada kelebihan masing-masing. Emmm perlukah saya cabut undi? Atau perlukah saya osom ^_^. Susah buat pilihan....

Never mind, I think I should use the Islamic one..hihihh