Busy VS tak ada kerja

Bagi yang belum bekerja mungkin belum merasai suasana alam pekerjaan. Sabar erk. Dah convo nanti korang akan bekerja juga. Bagi yang menganggur pula aku rasa korang perlu tingkatkan usaha untuk mencari peluang-peluang kerjaya di luar sana. Kata orang peluang ada di mana-mana tetapi belum rezeki. Kalau berusaha bersungguh-sungguh sudah tentu berjaya.

Aku nak cerita sedikit pengalaman setahun aku bekerja (pembetulan beberapa hari jer lagi genap setahun). Kebiasaannya ada 2 jenis situasi i'm facing with. Pertama situasi busy dengan kerja berlambak-lambak yang berjam-jam belum tentu siap dan lagi satu situasi free tak ada kerja. Antara 2 situasi ni aku lebih suka suasana busy berbanding tak ada kerja. Sebab apa?? Aku tak pandai nak belakon-lakon busy walaupun sememangnya aku tak ada kerja. Serious! Lagi satu disebabkan kat tempat keja bos jenis yang pantang tengok orang tak ada kerja jadi memang dah terdidik tak boleh tak ada keja. Kalau tak ada kena cari juga. (Disiplin kan ^__^)

So, aku suka bila ada staff yang bagi aku kerja. Lagi banyak lagi aku senang hati. Jadi aku tak juga rasa aku ni makan gaji buta. Paling best aku rasa apabila keja yang belambak-lambat aku dapat siapkan. Rasa nikmat pun ada. Bukan apa sebab dah penat-penat berjam-jam buat kerja dan akhirnya siap ^_^.

Semoga anda yang berkerjaya semakin bersemangat untuk bekerja ^_^.. P E A C E


No comments: