Korang tak bayar PTPTN lagi erk...


Sudah tentu ramai yang membuat pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) atas dasar "tak nak membebankan ibu-bapa". Yalah disebabkan kos belajar ni bukan sedikit. Puluh-puluh ribu juga lagi-lagi kalau kolej-kolej dan pusat pendidikan tinggi bukan under gov. Takkan kita nak susahkan ibu-bapakan.  Bagi yang mendapat biasiswa anda patut bersyukur kerana anda terlepas daripada hutang ok.

So, topik kali ini berkaitan kita yang membuat Pinjaman PTPTN. Berapa ramai yang tak ambil kisah hutang anda dengan PTPTN. Bukan sedikit tahu. Antara jumlah yang kita pinjam paling sedikit pun RM10,000.00 dan ke atas. Kalau bidang pengajian anda mengambil masa 2 tahun untuk menamatkan pengajian ya mungkin sekadar RM10,000 dan ke atas tetapi jika 3 ke 4 tahun kadar pinjaman anda adalah lebih banyak dari itu. 

Kebanyakan pelajar mungkin tidak peduli dengan angka puluhan ribu kerana mereka gembira dapat duit banyak. Seperti menjadi orang kaya baru ^_^ hahahahaha. Gembira-gembira juga tetapi kena beringat kegembiraan tidak selamanya. Selepas 6 bulan tamat pengajian kita kena bayar balik tahu.

Dari pengalaman sendiri, aku dah ramai jumpa kawan-kawan a.k.a peminjam-peminjam PTPTN tetapi malangnya berapa ramai yang berdisiplin untuk bayar pinjaman mereka setiap bulan. Rata-rata belum mula bayar pun walaupun dah lama tamat pengajian. Lebih teruk lagi ada yang hampir 8 tahun tak bayar. Wahhh itu sudah kes parah sebab anda mungkin antara peminjam yang disenarai hitamkan oleh imigresen (jaga-jaga!!!!) Lagi satu kalau korang nak tahu lagi lama tempoh korang tak bayar lagilah bertambah hutang korang. Mungkin anda pinjam RM10,000 dan disebabkan malas nak bayar bertahun-tahun hutang korang telah meningkat dari RM10 ribu menjadi RM12 ribu.

Antara sebab mengapa peminjam-peminjam PTPTN ini tidak membayar pinjaman mereka adalah kerana:
  1. Menganggur (Belum mendapat sebarang pekerjaan). 
  2. Tak tahu cara nak bayar PTPTN.
  3. Malas nak peduli perihal hutang-hutang.
  4. Lupa (hahahaha).
  5. Degil.
  6. Lain-lain
So, korang yang bergelar Peminjam kenalah selalu update dengan laman web PTPTN agar korang dapat banyak maklumat atau cara how to settle hutang-hutang semua. Bagi yang belum bekerja ada caranya bagaimana nak settle, kalau tak tahu bagaimana nak bayar kat laman web PTPTN pun ada bagi langkah-langkah bagaimana nak bayar then kalau kes malas, lupa, degil tu pulak itu penyelesaiannya ada pada diri koranglah, ok?? Kalau korang malas nak ke bank bayar  guna internet banking pun boleh. Segalanya di hujung jari anda. Mudah bukan.

Semoga yang terlibat mengambil langkah bijak. Bayar jangan tak bayar. Kalau tak bayar nanti kena senarai hitam oleh imigresen. Nak melancong ke mana-mana pun susah. Tak gitu!!! P E A C E ^_^

Klik sini untuk ke laman web rasmi PTPTN

Rasulullah s.a.w bersabda yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah yang maksudnya : “Sesiapa mati, sedangkan dia masih menanggung hutang satu dinar atau satu dirham, maka akan diambil ganti daripada kebaikannya, kerana di sana tidak ada dinar dan tidak ada pula dirham”.





No comments: