Persahabatan tidak mungkin hingga ke jinjang pelamin!


Assalamualaikum..

Kita masih di awal tahun baru 2011. Pejam celik pejam celik akan tiba pertengahan tahun dan juga akhir tahun. Seperti selalu kita pasti akan menemui orang baru bernama manusia (aku maksudkan kawan) dan secara perlahan-lahan kawan-kawan lama akan turut menghilang meneruskan hidup masing-masing. Walaupun ada suka dan duka yang terlakar bersama kawan-kawan kita ianya pasti menjadi satu memori yang indah buat semua. Sebagai contoh mungkin kita pernah bergaduh dengan kawan semasa sekolah rendah dahulu dan ianya menyebabkan hubungan persahabatan terputus dan masa yang lama mengubati hati yang terluka. Akhirnya kita memaafkan sahabat kita dan akan tersenyum pabila mengingati kenangan bergaduh bersama kawan.

Bergaduh dengan kawan tidak salah kerana sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula hubungan persahabatan. Malah pergaduhan atau perselisihan faham ini lebih mengeratkan hubungan persahabatan di antara manusia.

Ada yang mengeluh, sedih, benci bila seorang sahabatnya yang dahulu rapat dan sering menghabiskan masa bersama-sama kini sudah jarang meluangkan masa serta berhubung dengannya. Adakah kita perlu berbuat sedemikian rupa. Mungkin kita lupa setiap insan ada jalan hidupnya masing-masing. 'Persahabatan tidak mungkin hingga ke jinjang pelamin'. Betul tidak? Kecuali sahabat anda kawin dengan anda. Pada akhirnya jua kita akan berpisah di dunia ini pabila tamat riwayat kita.

Apa yang penting kita hargai sahabat-sahabat atau teman-teman kita yang ada sekarang kerana belum tentu kita akan bertemu selama-lamanya. Tidak berjumpa dan jarang berhubung tidak bermakna hubungan persahabatan terputus. Ianya satu lakaran kehidupan di mana yang bertemu pasti akan berpisah. 

Oleh itu, doakan rakan-rakan serta sahabat-sahabat kita semoga mereka sentiasa berbahagia di sana ^_^.

Geng Basikal PMU
Amoi-amoi dan acai-acai SMKHT






7 comments:

village gurl said...

molah aku rindu ngn takorg jak..Jenab!!!!!

village gurl said...

Molah aku rindu ngn takorg jak...Jenab!!!

village gurl said...

Molah aku rindu ngn takorg jak...Jenab!!!

village gurl said...

molah aku rindu ngn takorg jak...Jenab!!!

Cik Zai said...

Wow sekali 4 komen mu geng...hihih

village gurl said...

aku terover nih!! sori bah kalo kau..

Cik Zai said...

Boleh bah kalau opie ^_^