Seekor anjing yang telah berbudi kepadaku

Assalamualaikum dan salam sejahtera anda semua.....

Satu kejadian yang benar-benar terjadi tempoh hari. Aku telah kehilangan dompet. Seingatku malam sebelum kehilangan dompet aku dan kakak pergi membeli-belah di sebuah pasar raya (Parkwell) di Tawau ini. Aku hanya membawa sebuah dompet ke sana.

Disebabkan kelekaanku aku langsung tidak perasan bila kehilangan dompet tersebut. Sehinggalah keesokan hari seorang jiran telah datang ke rumahku dan mengatakan kad pengenalanku ada bersama seorang lelaki cina yang tinggal di beberapa baris dari perkampungan kami. Menurut jiranku lagi lelaki cina tersebut mencari pemilik kad pengenalan tersebut. Pada masa tersebut aku baru perasan bahawa aku telah kehilangan dompet. Lalu aku dan jiranku telah ke rumah lelaki berbangsa cina tadi. Pelbagai soalan di berikan kepadaku untuk memastikan bahawa aku adalah pemilik sebenar dompet tersebut. Antara soalannya adalah:

Apa isi dompet?
Bila hilang dompet?
Berapa jumlah duit yang terdapat di dalam dompet?
Berapa no. kad pengenalan?
Kenapa gambar dalam kad pengenalan tidak serupa dengan orangnya?

Akhirnya lelaki berbangsa cina itu memberikan dompet kepadaku dan sempat memberi penjelasan mengapa dompetku berada ditangannya. Katannya, dompet tersebut telah dijumpai oleh anjing peliharaannya ketika beliau sedang berjaga malam di malam selepas pengkebumian anak sulungnya yang baru meninggal. Anjing tersebut telah membawa dompet tersebut kepadanya.

Rasa bersyukur sebab menjumpai dompet kembali kerana terdapat benda-benda penting dalam dompet tersebut seperti buku simpana ASB, kad pengenalan, kad matriks, kad library, kad-kad atm, duit, reload 10 keping, kad klinik, dan sebagainya.

p/s: Sebenarnya mungkin hampir 4-5 kali aku telah kehilangan dompet tetapi aku bernasib baik kerana tiap kali hilang pasti aku akan menjumpai dompetku kembali. Syukur Alhamdulillah.

p/s/s: Kini dompet tersebut tidak ku gunakan lagi kerana jika aku ingin menggunakan aku perlu samak dahulu dompet tersebut. So, aku perlu beli dompet baru. P E A C E...

p/s/s/s: Terima kasih kepada Tuan empunya anjing dan juga anjingnya ^_^

Gambar sekadar hiasan





2 comments:

deebah zaidi said...

Kak nab, banyak juga relod mu ituu... sampai 10 keping? hehehe.. len kali hati2 orait? =)

zainab said...

heheheh..ia fren...mamaku punya reload tu..dia suru bli...orait sis..TQ ^__^