Ya analisis lagi~!!!!

Assalamualaikum,

Hari jumaat lalu tepat pukul 4.00 am dengan bersemangatnya aku membawa balik kerja-kerja yang masih belum aku siapkan.

Sampai rumah aku dah rasa nikmat sangat-sangat (nikmat cuti k). So, kerja-kerja yang aku bawa balik aku dah tak pandang. Dalam kepala aku nak ressssttttttttt. Seminggu kerja membuatkan aku rasa letih sangat-sangat. 

Hari sabtu pula aku sibuk berjalan bersama kakak kesayangan aku yang tidak jemu-jemu mengajak aku berjalan. Sehari suntuk berjalan of course la letih. So, lupa buat kerja lagi.

So tinggal sehari ni sahaja aku ada masa menyiapkan analysisku. Semoga aku tidak mensia-siakan hari ini. Peace.

 ZAINAB ADALAH SEORANG YANG RAJIN !!!!!

PS. love my self

Kursus Kahwin, and ambil lesen memandu!!!!!

Assalamualaikum,

Korang jangan gelak sebab aku baru nak ambil benda-benda ni semua ^_^ . So bulan Mac mungkin aku akan bertambah sibuk dengan segala kursus dan latihan-latihan termasuk kerja-kerja kat ofis yang nampaknya semakin banyak. Harap-harap aku enjoy dan walaupun sibuk semoga hati ini sentiasa tenang dan dipermudahkan segala urusan.

Walaupun aku belum ada perasaan atau keinginan untuk berkahwin tetapi aku rasa aku perlu ambil kursus kahwin ni. Sekadar menambah ilmu pengetahuan dan mana tahu suatu hari nanti aku bakal berkahwin ^_^.

Ikutkan hati aku nak sambung kursus menjahit. Walaupun aku dah pernah ambil tetapi aku rasa ilmu tentang menjahitku masih kurang lagi-lagi apabila aku jarang mempraktikkan skill yang aku ada. So, aku ambil keputusan sambung kursus menjahit selepas aku dah dapat sijil kursus kahwin dan selepas dapat lesen memandu. 

PS. I luv my self so much ^_^

Makanya, cepat-cepat ambil kursus kahwin then cepat-cepat nikah k

Thats why i like CNY

Thankssssssssssssss......^__^
Tahun ini kurasakan CNY disambut dengan meriah sekali di Tawau. Tempat-tempat lain aku kurang pasti. Hari pertama CNY di awal pagi sudah kedengaran tarian singa di rumah jiran saya. Di malam hari pula percikan bunga api tidak henti-henti memeriahkan lagi suasana malam. Sangat teruja melihat warna-warni pelbagai bentuk bunga api.

Thanks to my boss n onother boss yang sangat pemurah sempena perayaan Tahun Baru Cina tahun ini. Walaupun aku bukan berbangsa cina tetapi tiap-tiap CNY pasti diberi angpow dan limau. Xie Xie and Gong Xi Fa Cai.
 
See, Ive got many angpow this CNY ^__^.......Thankkssssssss again....