Kursus Kahwin, and ambil lesen memandu!!!!!

Assalamualaikum,

Korang jangan gelak sebab aku baru nak ambil benda-benda ni semua ^_^ . So bulan Mac mungkin aku akan bertambah sibuk dengan segala kursus dan latihan-latihan termasuk kerja-kerja kat ofis yang nampaknya semakin banyak. Harap-harap aku enjoy dan walaupun sibuk semoga hati ini sentiasa tenang dan dipermudahkan segala urusan.

Walaupun aku belum ada perasaan atau keinginan untuk berkahwin tetapi aku rasa aku perlu ambil kursus kahwin ni. Sekadar menambah ilmu pengetahuan dan mana tahu suatu hari nanti aku bakal berkahwin ^_^.

Ikutkan hati aku nak sambung kursus menjahit. Walaupun aku dah pernah ambil tetapi aku rasa ilmu tentang menjahitku masih kurang lagi-lagi apabila aku jarang mempraktikkan skill yang aku ada. So, aku ambil keputusan sambung kursus menjahit selepas aku dah dapat sijil kursus kahwin dan selepas dapat lesen memandu. 

PS. I luv my self so much ^_^

Makanya, cepat-cepat ambil kursus kahwin then cepat-cepat nikah k

No comments: