I Love Kids!!!!

My cute friends


Satu perkara yang aku paling suka dalam dunia ni adalah kanak-kanak. Dengan adanya kanak-kanak, aku yang sentiasa serius ini boleh bertukar menjadi seorang yang periang dengan serta-merta. Aku seorang yang pendiam boleh bertukar menjadi peramah. Bukan dibuat-buat tetapi mungkin memang sudah sifat semulajadi aku sukakan kanak-kanak berbanding orang dewasa. Kanak-kanak tidak pandai menipu dan kelakuan mereka sangat jujur. Ibarat kain putih bersih yang belum tercemar dek cantingan yang tidak sepatutnya. 


"Jauh Perjalanan Luas Perhubungan"


 Assalamualaikum...

Setelah beberapa hari menghilangkan diri CZ muncul lagi untuk mengkemaskini blog My Trengkas ^_^. Beberapa hari yang lalu saya beserta beberapa orang kawan yang lain pergi kursus di Daerah Semporna. Daerah yang dikurniakan khazanah laut yang sangat cantik. Fuyyo!! Laut dia memang best…tersangat jernih..Kalaulah aku reti diving kan dah lama aku terjunnnnn…nasib badan la CZ kenapalah ko tak pandai-pandai berenang ....

Semasa kursus CZ jumpa kawan baru lagi. Kawan baru CZ seorang cikgu tadika. Namanya Syamsinar Anuar ^_^. Sememangnya jauh perjalanan luas perhubungan..

Saya syorkan anda datanglah ke Daerah Semporna ini. Jarak dari Tawau hanya 1 setengah hingga 2 jam perjalanan. Semporna juga kaya dengan makanan laut yang segar-segar  dan harga pun murah. Hahh mat salleh dari jauh pun suka datang ke Semporna ni. Itu tandanya Semporna memang bestttt…

Kalau dah Semporna cantik guna Camera 2 Mega Pixel pun hasilnya tetap cantik.
 


AKU TAK AKAN GEMUKLAH TAHUN NI !


Assalamulaikum…

Hari ni kisah duka. Hari-hari kisah yang menggembirakan boring jugakan. Bak kata orang hidup ini penuh dengan suka-duka kehidupan. Ada tak sesiapa yang gembira sahaja sepanjang sepanjang hidupnya? Kalau ada tahniah..anda sangat-sangat amaazing!!!! Wowww!!




Seriously, aku tak akan gemuklah tahun ni. Sebab kerja membuatkan aku rasa letih selalu. Bila letih mulalah tekanan dan seterusnya berat badan semakin turun. Hari-hari orang jumpa Cik Zai ayat wajib mereka “Kurusnya ko Cik Zai”…uhhh ayat itu seperti masuk telinga kanan then keluar telinga kiriku. Dalam iklan pun ada tagline “tak dapat den nak menolong”. Aku bukan apa, tak kisah juga kalau badan kurus ni sebab doctor pernah cakap kalau ada orang tanya kenapa kurus just jawab “Saya kurus tapi sihat and tak ada sakit apa-apa”. Hahhh memang dah Allah bagi kurus so mesti bersyukur.

Hari ni aku sibuk berfikir nak minta cuti tetapi alaaa aku takutla tak approve disebabkan bulan sibuk untuk kerja-kerja mengaudit. Mudah-mudahan bos bagi cuti hari Sabtu nanti. Kalau tak bagi pun aku akan cuti juga.

Sekian sahaja untuk hari ini. Jumpa lagi. Love u all readers…

Adik-Adikku Insyaallah Boleh


Assalamualaikum…




Baru selesai menonoton Adik-Adikku Insyaallah Boleh di TV1. Memang seronok. Kanak-kanak berpidato hingga terkesan dihati para penonton. Memang tak sia-sia tengok. Program TV beginilah yang bermanfaat. Dahla bermanfaat best pulak tu. Tengok sampai habis pun rasa tak puas. Syabas kepada penerbit rancangan. Diharapkan program ini berkekalan tahun demi tahun serta diberi penambahbaikan agar semakin berjaya menarik minat orang ramai untuk menonton program reality TV yang sangat bermanfaat dan sesuai untuk tontonan seisi keluarga ini. Syabas sekali lagi.

Sekian, Love u all.........





WE ARE SABAHAN BLOGGER


Assalamualaikum

Harap anda semua sihat sejahtera. Hari ni saya nak cerita mengenai WSB. Hah WSB tu singkatan kepada WE ARE SABAHAN BLOGGER. Zainab baru join WSB kelmarin tetapi yang membuatkan saya rasa terharu sangat-sangat  apabila member WSB dengan sendirinya telah follow blog My Trengkas. Saya ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada yang sudi follow blog saya okay… Ur guys sangat-sangat frenly ^_^. Suka sangat-sangat.

Oleh yang demikian..........
Pengumuman!!! Dengan rasminya saya telah join WSB. Buktinya lihatlah logo WSB di sebelah kanan. Cantikkan. Mestilah cantik.

Sekian, saya pamerkan 2 logo WSB yang memang cantik. Love u all ^_^

WSB

WSB


Koyak kertas itu lucu

Assalamualaikum...

Jom ketawa lagi dengan melihat video ini. Kalau tak mahu ketawa senyum pun jadilah. Kalau senyum awet muda. Hah ada tak yang nak cepat tua kat sini? Confirmlah tak ada. Apa-apa pun jom lihat video ni.


Koyak kertas itu lucuuuu kata baby ni. Jadi kita kena hayati bunyi kertas yang terkoyak itu. Hahahahah. Walaupun bagi kita tak lucu kita buat-buat lucu sajalah k. Lagipun tengok baby ni ketawa hahh itu yang buat kita ketawa jugaa tu..hahahahha.

Aku tak percaya cintaan...

Assalamulaikum semua..

Semoga anda semua sihat hendaknya. Sudah dua hari blog saya biarkan tanpa dikemaskini. Bersawang dan berhabuk hohohoh. Saya kini dalam proses mengaudit satu company tu. Huh 14 jam membuat analysis membuatkan diri ini terpaksa meninggalkan blog kesayangan.

Dalam minggu ini, dua orang yang saya kenali telah kembali ke rahmatullah. Sedikit sebanyak memberi peringatan kepada saya bahawa dunia ini sangat singkat dan kembali itu pasti. Usah terlalu mengejar kemewahan sehingga amalan untuk akhirat terabai. Bila-bila masa tanpa di duga kita akan kembali jua. Hahh jangan pikir umur masih muda kita terkecuali dari ajal. Ajal itu tidak mengenal usia, jantina, kaya atau miskin, sakit atau sihat dan sebagainya. Maka persiapkan diri kita!

Minggu depan saya serta kakak dan kawan-kawan kakak akan mengikuti Kursus Perkahwinan di Semporna. Apa nak buat ramai yang nak kahwin so kena ambil la kursus ni. Kalau dalam kes saya untuk suka-suka sahaja. Kahwin?? Huhhh langsung tak tercapai dek fikiran (aku tak percaya cintaaaa)…

Seterusnya, ehem ehem kalau korang perasan dekat atas tu Zainab pasang header baruuuuu lagi. Yeah!! Cantikkan. Macam orangnya juga hahahaahha uwekkksssss…^_^ Korang sabar k kalau rasa nak termuntah tahan agar tak termuntah depan laptop hihihih.

Sekian, love you all ^_^…

My second header. Cute ^_^ kan...


Merokok seawal usia 11 bulan!!!!! Masyaallah...


Assalamulaikum semua.....^_^

Hari ni Zainab akan kongsikan satu video clip mengenai seorang budak yang berasal dari Indonesia yang saya rasakan cukup pelik. Budak ni telah merokok seawal usia 11 bulan. Hairankannn....mengapalah budak sekecil ini sudah dibiasakan dengan rokok. Budak ni boleh menghabiskan 2 bungkus rokok dalam masa sehari. Setakat ni doktor pun masih belum menemui sebarang kelainan terhadap tahap kesihatan budak ni tetapi itu bukan bererti merokok itu tidak membahayakan. Mungkin di masa sekarang budak ni sihat tetapi di masa akan datang kita tidak tahu lagi. 

Kepada ibu bapa di luar sana janganlah sesekali memberi anak-anak yang masih kecil sebarang rokok walaupun anak menangis atau meraung sekalipun semata-mata hendakkan rokok. Ambil pengajaran dari cerita budak yang malang ini. Akibat sikap ibu bapanya yang memberikannya rokok ketika berumur 11 bulan nahhh sehingga kini merokok sudah menjadi kebiasaan baginya. Lebih teruk lagi budak ini jika tidak diberikan rokok dia akan menyakiti dirinya sendiri. Sudah pasti susah untuk memberhentikan sikap suka merokok budak ini kan. Sungguh malang saya rasakan bila mana budak-budak lain gilakan coklat dan gula-gula tetapi budak ini gila rokok...Masyaallah...

Sekian saja untuk entry kali ini. Love u all...

Tips Gigi Cantik

Assalamualaikum,

Pernah beberapa orang makcik bertanya kepadaku dalam loghat Sabah “ gigimu tu gigi betul ka atau gigi palsu nak?” lantas aku ketawa dan makcik tu sambung lagi “ cantik bah putih lagi tu”. 

Jadi, disebabkan ramai yang bertanya hari ni saya nak kongsikan tips penjagaan gigi oleh Zainab ^_^. Ramai orang tidak menitik beratkan soal gigi padahal gigi adalah satu anugerah yang Allah yang patut kita syukuri. Bagaimana kita mensyukurinya? Ya, dengan cara kita menjaganya. Ada orang lebih mementingkan kecantikan wajah daripada gigi tetapi sebenarnya wajah yang cantik tidak akan berseri tanpa gigi yang cantik. Jadi kalau wajah dan gigi cantik itu perfect dan kalau gigi cantik wajah tak cantik tetap cantik juga ^_^.

Perkara paling penting dalam penjagaan gigi adalah disiplinkan diri untuk menggosok gigi sebelum anda tidur. Bagi Zainab tidur itu bukan bermaksud pada waktu malam sahaja tetapi waktu apabila kita ingin tidur tidak kiralah pagi, petang, tengahari ataupun malam.

Kedua, saya akan amalkan memberus gigi sebelum solat zohor. Maksudnya di sini juga setelah makan tengahari.

Tips yang paling dan  tersangat penting ‘JANGAN LUPA FLOS GIGI’ sekurang-kurangnya sekali sehari. Seriosly, gigi anda akan bersih dan cantik jika anda rajin flos gigi anda. Jangan sesekali menggunakan pengcungkil gigi untuk membersihkan sisa-sisa makanan di celah-celah gigi kerana ia akan mencederakan gusi anda serta saki-baki makanan di celah gigi tidak akan bersih sepenuhnya.

Saya juga tidak suka mengunyah chewing gum serta sebarang jenis gula-gula.  

Lagi satu kalau nak gigi yang sangat cantik dan bersih amalkanlah sunnah Rasulullah SAW dengan memberus gigi sebelum solat. Hah, insyaallah gigi anda akan sentiasa cantik berseri. Diharapkan tips ini dapat membantu anda agar gigi menjadi lebih bersih dan cantik. 

Sekian dulu.



Menimba ilmu sambil bergembira!!!!


Baru sahaja selesai menonton peringkat separuh akhir Adik-adikku Insyaallah Boleh di TV1. Pengumuman!!!! Program ini memang sangatttttttt dan tersangattttttlah best. Hah 21 hb mac adalah tarikh untuk peringkat akhir. Rugi kalau tak tengok. Rasa sejuk hati menonton program sebegini. Diharapkan pihak-pihak media memperbanyakkan program tv yang berunsurkan Islamik agar kita sebagai masyarakat dapat memupuk ahklah yang mulia dalam diri disamping kita dapat muhasabah diri dengan pidato-pidato yang sangat memberi pengajaran kepada kita. Kalau anda tak percaya hahhh korang tengoklah pada 21 hb di tv1.