Aku tak percaya cintaan...

Assalamulaikum semua..

Semoga anda semua sihat hendaknya. Sudah dua hari blog saya biarkan tanpa dikemaskini. Bersawang dan berhabuk hohohoh. Saya kini dalam proses mengaudit satu company tu. Huh 14 jam membuat analysis membuatkan diri ini terpaksa meninggalkan blog kesayangan.

Dalam minggu ini, dua orang yang saya kenali telah kembali ke rahmatullah. Sedikit sebanyak memberi peringatan kepada saya bahawa dunia ini sangat singkat dan kembali itu pasti. Usah terlalu mengejar kemewahan sehingga amalan untuk akhirat terabai. Bila-bila masa tanpa di duga kita akan kembali jua. Hahh jangan pikir umur masih muda kita terkecuali dari ajal. Ajal itu tidak mengenal usia, jantina, kaya atau miskin, sakit atau sihat dan sebagainya. Maka persiapkan diri kita!

Minggu depan saya serta kakak dan kawan-kawan kakak akan mengikuti Kursus Perkahwinan di Semporna. Apa nak buat ramai yang nak kahwin so kena ambil la kursus ni. Kalau dalam kes saya untuk suka-suka sahaja. Kahwin?? Huhhh langsung tak tercapai dek fikiran (aku tak percaya cintaaaa)…

Seterusnya, ehem ehem kalau korang perasan dekat atas tu Zainab pasang header baruuuuu lagi. Yeah!! Cantikkan. Macam orangnya juga hahahaahha uwekkksssss…^_^ Korang sabar k kalau rasa nak termuntah tahan agar tak termuntah depan laptop hihihih.

Sekian, love you all ^_^…

My second header. Cute ^_^ kan...


No comments: