Cikgu cubit sampai biru!!!!

Assalamualaikum,

Apa khabar semua. Semoga masih bersemangat melalui liku-liku hidup ini. 'Hidup tidak selalunya indah, langit tak selalu cerah, suram malam tak berbintang....itulah lukisan alam' bak lagu Hijjaz....Heeee.... So, bila-bila masa dan ketika pun kita kena sentiasa positif agar hidup ini tidak disia-siakan seperti di berita-berita hari ini ada yang sampai sanggup bunuh diri akibat kegagalan hidup. Satu lagi bak kata Nora Danish 'muda cuma sekali' ....ehhhh silap tu 'muda cuma dua kalilah'. Satu di dunia dan satu lagi di akhirat. Ingat!!! MUDA CUMA DUA KALI. Heeeee....

Okay, we going to the subject. Cerita pasal liku-liku hidup ni dahulu ada satu peristiwa yang masih kekal dalam ingatan walaupun peristiwa ni berlaku 16 tahun yang lalu di mana saya masih berada dalam darjah satu.

Satu hari kawan saya telah menunjukkan luka di tangannya yang melecur akibat terkena air panas. So, saya suggest kat dia letak ubat gigi kat luka tu sebab mak saya selalu buat macam tu kat rumah. Saya pun masih budak lagi yang tak tahu apa-apa so buat jer apa yang ibu bapa suruh al-maklumlah anak yang taat cewahhhh ^_^ ...takdelah...Diikutkan masa tu, kawan saya pun letaklah ubat gigi kat luka dia tu. Masa tu kat dalam kelas and guru kelas kami yang garang tu pun ada kat dalam kelas. So, masa tengah letak ubat gigi kat luka tu seorang lagi rakan sekelas ternampak kawan saya letak ubat gigi kat tangan then dia pikir kawan saya tengah main ngan ubat gigi tu. Dengan tanpa usul periksa budak yang ternampak tadi tu dengan rasa diri dia yang hebat tu pergilah lapor dengan guru kelas. Guru kelas pun marah then dia panggil kawan saya dan tanya apasal main dengan ubat gigi?!!! Kawan saya entah apa dia jawab and lastly nama saya pun terlibat sekali. Apa yang menggerunkan saya apabila cikgu saya datang ke arah saya lalu mencubit paha saya. Huhhhh sakit tahu...sampai biruuuu..Huhh...tapi yang peliknya saya tak marah pun cikgu tu..hahahahah....TEACHER ALWAYS RIGHT hahahahah... Lihat betapa hormatnya saya dengan guru time kecik2. Budak-budak sekarang ada tak macam tu lagi? Insyaallah ada. Amin....

So, pengajaran di sini kalau cikgu rotan ker, cubit ker buat apa nak benci-benci gurukan. Perkara kecil seperti rotan-rotan and cubit-cubit ni buat apa nak dibesar-besarkan sampai ada yang nak bawa kes masuk mahkamah lagi tu. Huhhh... Waste your time!!!  Ada pepatah mengatakan ' sayang anak tangan-tangankan'. 'Kalau tak ada angin tak akan pokok bergoyang' dan kalau anak kita tak berbuat kesilapan sudah tentu tak kena rotan. Cikgu pun kalau nak rotan jangan sampai mendera sampai berdarah-darah tangan pelajar tu kena rotan. Ibu bapa mana yang tak marah kalau anak-anak luka sampai masuk hospital kan heheheh (saya andaikan sahaja). Dahulu saya kalau mengadu dengan mak cikgu rotan hahhh dengan selambanya mak jawab ' hahh bagus sangatlah tu, nakal lagi'...hahahahahah punyer slamba mak saya. Soluteeeee.....

Sekian saja, apa-apa pun 'Muda cuma 2 kali'. Peace......

Pengawas yang skema and di anti oleh pelajar yang lain.....




 




6 comments:

TrueJDee said...

where's my piccha!? ehheheheh

Zainab said...

Ko jadi tukang gambar tym ni joy....heheheheeh

TrueJDee said...

ooyakah!?? aku lupa!! wkakakakak ndak pa lar cntik gak gambar tu!! wakakkakak

Tak suka pengawas Poyo said...

Maaflah kalau saya komen kasar sikit, tapi kalau pengawas poyo nak buat apa. Macam saya kat sekolah dulu mana ada langsung hormat pengawas sebab dia orang poyo betul, tegakkan undang2 yang salah dan dia orang buat salah tak sedar...sebab tu saya jadi pengawas pustaka ajer sebab tak nak jadi macam tu.

Cik Zai said...

Tak Suka pengawas Poyo..rileklah...entry ni bukan pasal pengawas poyolah...entry ni pasal cikgu cubit sampai biru...huhuhuhu

Anonymous said...

Ala org tak pilih Ko jadi Pengawas. Tu la Sebab Ko anti pengawas. Ko yg poyo.