I Love Kids!!!!

My cute friends


Satu perkara yang aku paling suka dalam dunia ni adalah kanak-kanak. Dengan adanya kanak-kanak, aku yang sentiasa serius ini boleh bertukar menjadi seorang yang periang dengan serta-merta. Aku seorang yang pendiam boleh bertukar menjadi peramah. Bukan dibuat-buat tetapi mungkin memang sudah sifat semulajadi aku sukakan kanak-kanak berbanding orang dewasa. Kanak-kanak tidak pandai menipu dan kelakuan mereka sangat jujur. Ibarat kain putih bersih yang belum tercemar dek cantingan yang tidak sepatutnya. 


2 comments:

TrueJDee said...

hahha zai aku suka budak2 yang usia lingkungan 7thn kebawah jak!! hahahha... cuz klu up dari itu. bikin sakit kepala aku!!! hahhaha.....

Zainab said...

hahahahaha..c joyd banyak anak buah sdh jadi berpengalaman.......^_^