Ice World

ICE WORLD


Ni nak cerita sikit mengenai air yang sedap tu. Kalau dekat Tawau ni air ni memang sangat-sangatlah popular. Sebut jer  ‘ICE WORLD’ confirm semua tahu. Haaaaa nama pun dah sangat comercial dah World lagi tu. Kalau boleh tiap-tiap hari nak minum. Kalau teh susu kat restoran baru RM1.50 tapi minuman ni kira mahal sedikitlah di mana harga minimum paling rendah RM2.50. 
Okay, persolannya kenapa minuman ni harganya mahal sedikit berbanding harga teh susu kat restoran-restoran tu?  Kalau diikutkan Ice World juga adalah teh susu. Kalau anda nak tahu Ice World ni mengandungi Pearl . Kalau dalam gambar tu yang bahagian bawah warna kehitaman bulat-bulat tu adalah pearl. Haaaaa, seronok minum kalau ada pearl ni. Lagi satu yang membuatkan orang termasuk saya sangat suka dengan minuman ni adalah kerana cara pembungkusannya yang sangat menarik dan amat kemas. 
 Syabas kepada penjual yang sangat bijak mengkomersialkan  minuman. Walaupun minuman teh susu yang biasa tetapi ianya menjadi lebih luar biasa apabila ia di packingkan sedemikian rupa (lihat pada gambar). Cantik dan menarik……

No comments: