Merokok seawal usia 11 bulan!!!!! Masyaallah...


Assalamulaikum semua.....^_^

Hari ni Zainab akan kongsikan satu video clip mengenai seorang budak yang berasal dari Indonesia yang saya rasakan cukup pelik. Budak ni telah merokok seawal usia 11 bulan. Hairankannn....mengapalah budak sekecil ini sudah dibiasakan dengan rokok. Budak ni boleh menghabiskan 2 bungkus rokok dalam masa sehari. Setakat ni doktor pun masih belum menemui sebarang kelainan terhadap tahap kesihatan budak ni tetapi itu bukan bererti merokok itu tidak membahayakan. Mungkin di masa sekarang budak ni sihat tetapi di masa akan datang kita tidak tahu lagi. 

Kepada ibu bapa di luar sana janganlah sesekali memberi anak-anak yang masih kecil sebarang rokok walaupun anak menangis atau meraung sekalipun semata-mata hendakkan rokok. Ambil pengajaran dari cerita budak yang malang ini. Akibat sikap ibu bapanya yang memberikannya rokok ketika berumur 11 bulan nahhh sehingga kini merokok sudah menjadi kebiasaan baginya. Lebih teruk lagi budak ini jika tidak diberikan rokok dia akan menyakiti dirinya sendiri. Sudah pasti susah untuk memberhentikan sikap suka merokok budak ini kan. Sungguh malang saya rasakan bila mana budak-budak lain gilakan coklat dan gula-gula tetapi budak ini gila rokok...Masyaallah...

Sekian saja untuk entry kali ini. Love u all...

2 comments:

TrueJDee said...

usia dia 11 or 10 thn msti ada kesan sampingan....

Zainab said...

Ya joy.....skrang lum lagi dikesan tp untuk jangka masa panjang mungkin ada sdh tu....kan.