My Fav Bun

Mexico Bun & Mexico Dome

Jeng jeng !!! Aku nak kongsikan 2 bun yang aku sangat-sangat suka makan dan kalau masuk kedai roti memang aku tak pandang yang lain selain dari 2 bun ni. Sebelah kiri tu namanya Mexico Bun dan yang sebelah kanan adalah Mexico Dome.
Apa yang menarik dengan Mexico Bun ni di mana bahagian atasnya kalau kita makan ada rasa rangup-rangup dan rasanya fullamak!!! Seriously, sampai tak terkata kalau makan.
Mexico Dome lain sikit berbanding Mexico Bun sebab Mexico Dome berinti di bahagian dalam bun tersebut. Inti dia diperbuat daripada kacang merah dengan coklat so bila digabungkan mempunyai rasa yang  tersendiri.  Sangat sedap.
Disebabkan saya kalau nak lunch jarang makan nasi tetapi lebih suka makan roti so saya akan memilih kedai roti untuk makan tengah hari. Bagi yang ada rasa nak jaga badan boleh amalkan memakan roti selalu k. Sangat berkesan.

No comments: