Siapa tak suka makan pisang????

Pisang memang sedap


Assalamualaikum semua….

Hahh tengok gambar pun korang dah tahu saya nak cerita apa. Alaa buah yang sedap tu. Korang mesti terkezuttt Zainab suka makan pisang. Korang jangan  cuba-cuba nak gelak and ejek saya monyet!!! Awas!!!

Ok, berbalik kepada cerita pisang kalau dari kajian saintifik pisang memang terbukti banyak khasiat tapi hari ni saya tak mahulah cerita dari segi saintifik. Kali ni biar saya cerita kebaikan pisang mengikut pengalaman saya sepanjang menjadi peminat pisang hahahahaha. Ok, pisang ni boleh dikatakan buah yang sentiasa ada di rumah saya. Kalau tak ada macam tak lengkap. 

Selalunya sebelum saya hendak berjoging di awal pagi saya akan pastikan saya memakan buah pisang agar saya mendapat tenaga yang cukup semasa berjoging. Sebaliknya jika saya berjoging tanpa memakan buah pisang saya tidak akan mampu bertahan lama . Mungkin 1-2 round saya sudah berasa hendak pitam dan berasa sangat penat. Alaaaa korang pun faham di awal pagi mana ada makanan tersedia. Kalau pisang ni tinggal capai jer and ngappp. Senangkan.

Selain itu, saya memang suka jadikan pisang sebagai sarapan di waktu pagi. Bukan apa malas nak makan makanan berat-berat ni. Nanti belum apa-apa dah mengantuk kat ofis last2 hilang tumpuan dan kerja lambat siap.

Di samping itu juga, pisang ni baik untuk kulit. Kalau ada luka dekat kulit ia akan cepat sembuh dan bekas-bekas pun tak ada. Haa bagus kan.

Yang paling best tu kalau korang nak jaga badan makanlah pisang selalu. Lebih baik korang makan pisang dari makan maggi iya tidak? Di samping menjaga badan korang juga akan menjadi sihat. Korang tak perlulah beli produk-produk menguruskan badan yang mahal-mahal tu. Lebih baik beli pisang. Sesikat harganya baru RM2.00. Murah dan sedap lagi.

Kalau korang nak tahu kadang-kadang saya bawa bekal pisang ke tempat kerja hahahahah. Shhhtttttttt jangan bagi tahu orang lain k. Peace. Love u all.

No comments: