Tips Gigi Cantik

Assalamualaikum,

Pernah beberapa orang makcik bertanya kepadaku dalam loghat Sabah “ gigimu tu gigi betul ka atau gigi palsu nak?” lantas aku ketawa dan makcik tu sambung lagi “ cantik bah putih lagi tu”. 

Jadi, disebabkan ramai yang bertanya hari ni saya nak kongsikan tips penjagaan gigi oleh Zainab ^_^. Ramai orang tidak menitik beratkan soal gigi padahal gigi adalah satu anugerah yang Allah yang patut kita syukuri. Bagaimana kita mensyukurinya? Ya, dengan cara kita menjaganya. Ada orang lebih mementingkan kecantikan wajah daripada gigi tetapi sebenarnya wajah yang cantik tidak akan berseri tanpa gigi yang cantik. Jadi kalau wajah dan gigi cantik itu perfect dan kalau gigi cantik wajah tak cantik tetap cantik juga ^_^.

Perkara paling penting dalam penjagaan gigi adalah disiplinkan diri untuk menggosok gigi sebelum anda tidur. Bagi Zainab tidur itu bukan bermaksud pada waktu malam sahaja tetapi waktu apabila kita ingin tidur tidak kiralah pagi, petang, tengahari ataupun malam.

Kedua, saya akan amalkan memberus gigi sebelum solat zohor. Maksudnya di sini juga setelah makan tengahari.

Tips yang paling dan  tersangat penting ‘JANGAN LUPA FLOS GIGI’ sekurang-kurangnya sekali sehari. Seriosly, gigi anda akan bersih dan cantik jika anda rajin flos gigi anda. Jangan sesekali menggunakan pengcungkil gigi untuk membersihkan sisa-sisa makanan di celah-celah gigi kerana ia akan mencederakan gusi anda serta saki-baki makanan di celah gigi tidak akan bersih sepenuhnya.

Saya juga tidak suka mengunyah chewing gum serta sebarang jenis gula-gula.  

Lagi satu kalau nak gigi yang sangat cantik dan bersih amalkanlah sunnah Rasulullah SAW dengan memberus gigi sebelum solat. Hah, insyaallah gigi anda akan sentiasa cantik berseri. Diharapkan tips ini dapat membantu anda agar gigi menjadi lebih bersih dan cantik. 

Sekian dulu.



2 comments:

TrueJDee said...

Macam Puji diri sendiri jak post ni!! wakakkaka ^_^ nice one!! heheh

Zainab said...

Hahahahaha.....joy sapa lagi yang mo puji kalau bukan diri sendiri...heeeeee....