Udang...aku masih mampu tersenyum lagi ^_^

Assalamualaikum



Harap anda sihat selalu. Hari ni terdetik hati nak update blog. Entry kali ini mengenai 'udang'. Haa udang ni adalah makanan fav saya juga termasuk family saya. Nasib baik kitorang tinggal di Daerah Tawau yang kaya dengan pelbagai makanan laut yang segar-segar dan murah-murah ini. Kalau tidak tak dapatlah nak makan udang selalu.

Walaupun kami sekeluarga alah dengan udang tetapi itu tidak menjadi satu masalah. Bagi saya 'makan dulu, alah tu belakang cerita'. Lepas makan baru la menyesal tak tentu fasal. Huh....Abang saya lagi teruk makan sedikit badan dia terus ruam dan timbul merah-merah dan gatal-gatal di kulit. Terpaksa pergi hospitallah jawabnya. Taubat kejap jer pastu makan udang lagi hahahah. Ini kes tak tahanla tengok menu udang kat rumah yang dimasak oleh saya..cewahhh...


Seterusnya udang pun berkait rapat juga dengan kerja saya, baru-baru ni saya dalam proses mengaudit satu company yang menjalankan bisnes udang. Huh kira mencabar jugalah nak lakukan analisis..pening kepala beb..sekarang pun kerja-kerja menganalisis belum siap-siap..aku tak tahulah kalau bos mengamuk esok-esok. Huh tension tapi tension yang positif la...^_^  Saya masih mampu senyum lagi..heheheh

Sudut kreatif adik saya

Hahahahahha


Kalau aku kata tak cantik kang adik aku mengamuk. Aa’ah sangat cantiklah dik sudut kreatif hang. Penat-penat hang p buat takkanlah tak cantik hahahahah.

Tips: Masalah Jerawat

Bagi yang mempunyai masalah jerawat sudah pasti tidak merasa selesa dan akan merasa sakit dan gatal lebih-lebih lagi di bahagian muka. Walaupun jerawat adalah sejenis penyakit yang tidak membawa maut namun jerawat boleh membuatkan seseorang berasa kurang yakin serta menyebabkan seseorang akan merasa rendah diri sehinggakan ke tahap tidak mahu bertemu dengan orang ramai. Lebih teruk lagi seseorang itu akan mengalami tekanan emosi jika ianya berpanjangan dan tidak ditangani dengan segera.

Ramai individu terutamanya wanita akan mengambil inisiatif untuk membeli produk penjagaan muka di pasaran. Al-maklumlah dengan banyaknya iklan-iklan produk-produk penjagaan muka yang menjanjikan kesan yang pantas serta turut diselitkan dengan wajah artis-artis yang cantik menarik kau memang debom.

Bagi mereka yang mempunyai kurang masalah jerawat mungkin produk-produk di pasaran sesuai untuk mereka tetapi bagi yang mengalami masalah jerawat yang teruk jangan sesekali menggunakan produk-produk penjagaan muka tanpa arahan doktor. Ini kerana apabila anda mengalami jerawat yang teruk kulit anda akan menjadi sangat sensitif. Jika terdedah kepada sesuatu ia mungkin akan menyebabkan masalah jerawat menjadi semakin teruk.

Apa yang perlu anda lakukan jika mengalami masalah jerawat yang teruk adalah:
  1. Berjumpalah dengan doktor pakar kulit. Doktor pakar kulit sudah pastilah lebih arif dalam apa jua masalah kulit. Di samping merawat, doktor akan memberi nasihat-nasihat serta saranan-saranan yang berguna mengenai masalah kulit yang dialami oleh pesakitnya. Jika anda sukar mendapatkan doctor pakar kulit pergilah ke hospital.
  2. Jaga pemakanan. Mungkin anda tidak percaya jika makanan yang di ambil juga merupakan punca kepada masalah jerawat. Cuba renung-renungkan apa yang anda makan setiap hari. Adakah KFC, McD, Pizza, Nasi Lemak, Burger, makanan bergoreng atau bla bla? Haa minta nasihat doctor untuk jenis makanan yang anda boleh ambil setiap hari. Mungkin menjaga pemakanan perkara yang remeh bagi anda lebih-lebih lagi kita yang hidup di Malaysia negara yang kaya dengan makanan yang lazat-lazat ini tetapi bersusah sedikit tidak apa. Betul tidak, bukannya kita perlu berdiet pun cuma pilihlah makanan yang sesuai. 
  3. Kurangkan penggunaan alat solek. Ramai yang mengalami masalah jerawat yang teruk suka menggunakan alat solek untuk menyembunyikan jerawat mereka. Lagi tebal lagila la mereka suka. Jangan!! Alat solek mengandungi bahan-bahan yang akan menyebabkan kulit anda semakin bermasalah. 
  4. Terima hakikat. Jangan biarkan masalah jerawat membuatkan anda kurang yakin dengan diri anda sehinggakan anda tidak mahu berjumpa dengan orang lain. Sentiasa nasihat diri sendiri agar sentiasa bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan. Di luar sana ada ramai lagi orang mangalami nasib yang sama dengan anda malah ada yang lebih teruk lagi.
  5. Yakin. Anda mesti yakin masalah anda boleh di atasi. Cuma memerlukan waktu serta usaha. Akhir sekali jangan lupa berdoa semoga masalah dapat diselesaikan dan penyakit akan sembuh.  
Ini sabun yang doktor pakar kulit syorkan kepada saya. Alhamdulillah, amat berkesan

Sekian.

Redha



Pabila yang diingini ingin dicapai tetapi terhalang atas sebab sesuatu ianya mungkin mengecewakan. Juga membuatkan diri merasa gagal, rasa sedih dan pelbagai rasa bergabung sehingga boleh mengakibatkan kita menjadi tak tentu arah. 

Mungkin itu yang terbaik kerana setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi. Redha atas segala ketentuan-Nya. Manusia merancang dengan setiliti manapun tetapi pada akhirnya Allah jua yang menentukan. Allah Maha Kuasa. 

Terima Kasih Ya Allah.

Penenang Jiwa

Assalamualaikum semua

Tengah-tengah duduk di bawah Pejabat Jhaens sambil menunggu ketibaan beliau (Bapa), aku didatangi seorang remaja lelaki yang merupakan seorang penjual buku Wholesale Mart. Rajin budak ni ya, orang lain balik kerja dia masih memasarkan buku-buku kepada orang ramai di sepanjang perjalanannya. Lantas remaja lelaki itu mempamerkan kepadaku sebuah buku yang bertajuk 'Penenang Jiwa'. Memang right timing remaja lelaki itu datang kepadaku kerana aku sememangnya sudah gaji ditambah lagi dengan hobiku yang suka membaca tidak akan ku lepaskan peluang untuk membeli buku tersebut. Tambahan pula, buku tersebut sememangnya memenuhi citarasa dan kehendakku. Ku belek hanya sebentar buku tersebut lantas duit ku hulur. Remaja lelaki itu tersenyum, mungkin gembira buku jualannya laku lagi ^__^...


RM15 only. Belilah, sangat bermanfaat....



Cerita lucu masa kini...hahahaah

Harta Pusaka Nenek 

Setelah sekian lama di perantauan akhirnya Rahmat pulang ke kampung untuk berjumpa dengan neneknya.

Nenek : "Rahmat, nenek sudah tidak kuat lagi, nenek minta kamu sambung mengusahakan kebun nenek..."

Rahmat : "Jangan cakap macam tu, nek..." (dalam hati, tak sia-sia aku balik kampung... dapat pulak harta pusaka nenek).

Nenek : "Segala isi perkebunan, ternakan, villa, traktor untuk kamu. Tolong jaga baik-baik, jangan lupa disiram tiap hari tanaman nenek."

Rahmat : "Baik nek, nenek jangan bimbang tentang hal itu... Tapi dimana kebun nenek? Rahmat tidak pernah tahu?"

Nenek : "Di Facebook nenek, FARMVILLE, nanti nenek bagi tau passwordnya."

Rahmat : "?????"



Sumber: http://gelihati.blogspot.com/

 

Kampung bestttt

Assalamulaikum

Pada hari sabtu yang lepas saya, kakak dan cousin menghadiri satu perkahwinan di Kampung Rawa-Rawa. Pelikkan nama kampung tersebut. Rawa-rawa adalah bahasa Bugis dan jika diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu bermaksud sawah.

Ini dia wajah-wajah yang berkahwin dan yang bakal berkahwin^_^
Melihat kepada gambar ini semua memakai baju kurung kecuali saya yang memakai jeans. Mengapa? Nak dijadikan cerita saya baru balik dari kerja dan terpaksa terus ke majlis persandingan ini.

Semasa majlis ni, kakak and cousin2 aku sibuk menyiasat siapa pereka pelamin, mak andam, dan  sibuk bercerita pasal majlis perkahwinan mereka nanti. Huhhh besalaa orang yang bakal berkahwin ni semangat sedikit merancang majlis perkahwinan mereka.


Majlis Naik Duit

Hari ahad pula kami join majlis naik duit kawan kakak saya di Batu 2. Kalau suku Bugis memang panggil majlis ni "Majlis Naik Duit". Kalau suku lain aku tidak tahu. Dalam majlis ini pihak lelaki menghantar rombongan untuk menyerahkan duit kepada pihak perempuan. Dalam majlis ni RM12 ribu ringgit diserahkan kepada pihak perempuan. Insyaallah perkahwinan akan berlangsung pada 11 Jun 2011 nanti.

Syok juga majlis ni. Dalam majlis ni kami diarahkan mengangkat barang-barang seperti dalam gambar menuju ke rumah bakal pengantin perempuan.


Antara barang-barang yang turut di bawa
Rasa seronoklah minggu ini dapat memeriahkan majlis orang lain. Semoga pasangan bekekalan sehingga ke akhirnya dan segala urusan dipermudahkan. Insyaallah.....