Tips: Masalah Jerawat

Bagi yang mempunyai masalah jerawat sudah pasti tidak merasa selesa dan akan merasa sakit dan gatal lebih-lebih lagi di bahagian muka. Walaupun jerawat adalah sejenis penyakit yang tidak membawa maut namun jerawat boleh membuatkan seseorang berasa kurang yakin serta menyebabkan seseorang akan merasa rendah diri sehinggakan ke tahap tidak mahu bertemu dengan orang ramai. Lebih teruk lagi seseorang itu akan mengalami tekanan emosi jika ianya berpanjangan dan tidak ditangani dengan segera.

Ramai individu terutamanya wanita akan mengambil inisiatif untuk membeli produk penjagaan muka di pasaran. Al-maklumlah dengan banyaknya iklan-iklan produk-produk penjagaan muka yang menjanjikan kesan yang pantas serta turut diselitkan dengan wajah artis-artis yang cantik menarik kau memang debom.

Bagi mereka yang mempunyai kurang masalah jerawat mungkin produk-produk di pasaran sesuai untuk mereka tetapi bagi yang mengalami masalah jerawat yang teruk jangan sesekali menggunakan produk-produk penjagaan muka tanpa arahan doktor. Ini kerana apabila anda mengalami jerawat yang teruk kulit anda akan menjadi sangat sensitif. Jika terdedah kepada sesuatu ia mungkin akan menyebabkan masalah jerawat menjadi semakin teruk.

Apa yang perlu anda lakukan jika mengalami masalah jerawat yang teruk adalah:
  1. Berjumpalah dengan doktor pakar kulit. Doktor pakar kulit sudah pastilah lebih arif dalam apa jua masalah kulit. Di samping merawat, doktor akan memberi nasihat-nasihat serta saranan-saranan yang berguna mengenai masalah kulit yang dialami oleh pesakitnya. Jika anda sukar mendapatkan doctor pakar kulit pergilah ke hospital.
  2. Jaga pemakanan. Mungkin anda tidak percaya jika makanan yang di ambil juga merupakan punca kepada masalah jerawat. Cuba renung-renungkan apa yang anda makan setiap hari. Adakah KFC, McD, Pizza, Nasi Lemak, Burger, makanan bergoreng atau bla bla? Haa minta nasihat doctor untuk jenis makanan yang anda boleh ambil setiap hari. Mungkin menjaga pemakanan perkara yang remeh bagi anda lebih-lebih lagi kita yang hidup di Malaysia negara yang kaya dengan makanan yang lazat-lazat ini tetapi bersusah sedikit tidak apa. Betul tidak, bukannya kita perlu berdiet pun cuma pilihlah makanan yang sesuai. 
  3. Kurangkan penggunaan alat solek. Ramai yang mengalami masalah jerawat yang teruk suka menggunakan alat solek untuk menyembunyikan jerawat mereka. Lagi tebal lagila la mereka suka. Jangan!! Alat solek mengandungi bahan-bahan yang akan menyebabkan kulit anda semakin bermasalah. 
  4. Terima hakikat. Jangan biarkan masalah jerawat membuatkan anda kurang yakin dengan diri anda sehinggakan anda tidak mahu berjumpa dengan orang lain. Sentiasa nasihat diri sendiri agar sentiasa bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan. Di luar sana ada ramai lagi orang mangalami nasib yang sama dengan anda malah ada yang lebih teruk lagi.
  5. Yakin. Anda mesti yakin masalah anda boleh di atasi. Cuma memerlukan waktu serta usaha. Akhir sekali jangan lupa berdoa semoga masalah dapat diselesaikan dan penyakit akan sembuh.  
Ini sabun yang doktor pakar kulit syorkan kepada saya. Alhamdulillah, amat berkesan

Sekian.

3 comments:

Anonymous said...

saya mengalami masalah jerawat untuk 7 tahun. dalam tempoh itu saya sentiasa bersabar apabila menerima kata-kata orang. sape yg nak kan? tp org len xfhm...

Zainab said...

Syabas kerana kesabaran anda itu. Saya pun pernah mengalami masalah yang sama dalam tempoh waktu yang saya kira hampir sama dengan anda.Orang lain yang tidak pernah mengalami masalah ini pasti tidak akan paham dan mereka menyangka seseorang yang mengalami masalah ini adalah orang yang mempunyai sikap malas malas cuci muka, malas jaga kebersihan dan pelbagai macam tuduhan lagi. Abaikan segala tuduhan yang remeh itu. Apa yang penting kita kena positif 'setiap masalah pasti ada penyelesaian dan setiap penyakit pasti ada ubat'

naz said...

Tips yang bagus dan saya berjaya menghilangkan jerawat dalam beberapa bulan. Bagi saya adalah menjaga pemakanan. Menjaga pemakanan juga adalah faktor yang penting untuk badan dan juga kulit. Memilih produk juga amat penting untuk berusaha mencantikan kulit.

Latest Entry Welcome ( 0 )