Audit lagi


Assalamulaikum

Hai semua. Aku harap korang sihat walafiat. Sekarang ni cuaca memang tak menentu dan oleh sebab itu bertambah-tambahlah orang kat hospital dan klinik akibat terkena penyakit selesema termasuk aku sekali. Ubat dah habis makan pun tak sembuh-sembuh. Pelik hmmmmm…



Kita tinggalkan cerita mengenai selesema sebab hari ni aku nak fokuskan kepada cerita lain. Dalam beberapa minggu ni saya sibuk membuat kerja-kerja audit untuk satu company kayu balak. Kalau dah namanya company yang menjalankan business kayu balak confirm susah bagi aku tapi bagi rakan staff office yang berpengalaman susah sikit jerrr. Macam makan kacang jer. Ehm al-maklumlah kat sekolah dulu aku tak pernah belajar audit-audit ni. Subjek akaun pun tak ada basic. Aku hanya berbekalkan ilmu matematik subjek kegemaranku. Ilmu audit-mengaudit semua hasil tunjuk ajar staff office. Thanks kawan-kawan ofis dan tidak lupa juga dengan bos yang tidak putus-putus menurunkan ilmu. Jasa korang amat aku hargai heeeeeee ^_^.

Aku bersyukur sangat-sangat dapat mempelajari ilmu baru. Audit memang best. Apa yang paling best kerjanya mengira dan mengira dan mengira bukan seminit  dua minit tetapi berjam-jam hingga boleh mencecah berhari-hari. Dan lagi satu kerja ni macam kita jadi penyiasat. Menyiasat satu-satu income serta expenses yang dijalankan oleh sesebuah syarikat. 

Apa-apa pun aku nasihatkan kepada rakan-rakan di luar sana bila dah kerja nanti jangan kerap bertukar kerja. Kalau boleh kekallah dalam organisasi anda selama yang boleh kerana ilmu yang anda perolehi semakin bertambah dan bertambah. Kita bekerja bukan mengejar gaji semata tetapi mengejar ilmu. Kalau sekarang motif anda bekerja sekadar menampung keluarga pasti anda merasa kerja itu tension, stress, tidak seronok dan sebagainya. Maka ubah motif bekerja dari sekarang.


Kurus itu tak bestt!!!!!


Assalamualaikum




Baru sebentar tadi abang aku dengan seriusnya berkata aku semakin K U R U S. Ohhhh tidakkk!!! Ucapan itu kalau boleh aku tak mahu dengar langsung. Dahulu bila orang lain berkata aku kurus aku abaikan sahaja dan sentiasa positifkan diri bahawa mereka berkata demikian kerana mereka sememangnya gemuk tetapi kini bila hampir semua orang yang aku jumpa berkata aku kurus, kurus, kurus kurus itu tandanya aku tersangat kuruslah itu.

Korang jangan terkejut kalau aku katakan orang  yang terlampau kurus juga sebenarnya risau akan masalah berat badannya sama seperti mereka yang obesiti. Haa kalau dah dapat berat badan yang ideal tu bersyukurlah anda dan jangan pikir nak kuruskan badan lagi.

So, lepas ni insyaallah saya akan  lebih rajin bersenam dan menjaga makan agar berat bertambah.  Saya juga sediakan link sebagai rujukan anda untuk tips menambahkan berat badan. 

Sila klik pada link  untuk tips menambahkan berat badan....





Pakai make-up VS Tak pakai make-up

Assalamualaikum…

Ni hou? Semoga sihat-sihat hendaknya. Hari ni rasa terdetik nak cerita pasal satu benda tu. Benda yang selalu perempuan guna. Lelaki pun ada yang guna juga zaman sekarang ni. Maklumlah zaman sekarang mementingkan penampilan ya tidak? 

Picture from google

Sekadar hiasan

Hahhh ni la benda yang saya nak cerita tu ^_^. Benda ni kan kalau kita pakai salah dan kalau tak pakai pun salah. Bukan salah pada diri kita tapi salah di mata orang lain. Ada saja yang tak kena pada mereka.  Saya pun hairan masyarakat hari ni.

Bagi saya tak salah pakai make-up dan kalau tak pakai make-up pun tak salah. Nak cantik bukanlah sebab utama seseorang itu memakai make-up tetapi sebab yang paling utama adalah inginkan keselesaan. Tiada seseorang pun daripada kita suka membuat sesuatu yang mendatangkan ketidakselesaan pada diri sendiri ataupun melakukannya sekadar suka-suka. Jika ada pasti tidak bertahan lama.

Bagi yang tidak suka memakai make-up samalah juga kesnya. Ada orang tidak suka mengenakan sebarang make-up kerana mereka selesa free tanpa sebarang alat solek. 

Kesimpulannya, kita sepatutnya hormat pendirian orang lain. ‘Don’t judge book by its cover’. Apa yang anda fikirkan tidak sama dengan apa yang orang lain fikirkan. Sekian ^_^

 

Kelmarin!!!


Assalamulaikum…

Happy Labour Day semua. individu yang bergelar pekerja pasti tersenyum hari ini kerana esok cuti ^_^ . Ini tahun kedua bagiku menyambut ‘labour day’. Masa belajar dulu tiada rasa seronok pun menyambut labour day tapi apabila dah bekerja baru rasa seronok.

Minggu ni rasa tersangat sibuk. Analisis saya hampir siap. Insyaallah dapat diselesaikan dalam beberapa hari ni. 



Kelmarin saya telah mengikuti ujian Medsi yang bertempat di Sekolah SMK Tawau. Ini kali kedua yang mengikuti ujian tersebut. Seronok melihat adik-adik menjawab soalan ujian. Melihat cara mereka  menjawab  dah macam  menjawab soalan SPM dan STPM. Serius dan sangat teliti. Solutelah adik-adik. Shhhhh…tapikan dik ni adalah soalan psikologi. Tak ada jawapan yang salah dan tiada jawapan yang betul. Cuma menilai adakah anda ada ciri-ciri serta layak  menjadi seorang pendidik ataupun tidak. 

Selepas habis ujian Medsi saya pun menunggu kawan saya Pida dan kawan-kawannya. Diorang pun kelihatan takut-takut dan risau dengan jawapan yang mereka berikan. Don’t worry fren, kalau ada rezeki takkan kemana. Kami pun balik tetapi sebelum tu uncle Pida belanja makan. Thanks uncle^_^.