Audit lagi


Assalamulaikum

Hai semua. Aku harap korang sihat walafiat. Sekarang ni cuaca memang tak menentu dan oleh sebab itu bertambah-tambahlah orang kat hospital dan klinik akibat terkena penyakit selesema termasuk aku sekali. Ubat dah habis makan pun tak sembuh-sembuh. Pelik hmmmmm…



Kita tinggalkan cerita mengenai selesema sebab hari ni aku nak fokuskan kepada cerita lain. Dalam beberapa minggu ni saya sibuk membuat kerja-kerja audit untuk satu company kayu balak. Kalau dah namanya company yang menjalankan business kayu balak confirm susah bagi aku tapi bagi rakan staff office yang berpengalaman susah sikit jerrr. Macam makan kacang jer. Ehm al-maklumlah kat sekolah dulu aku tak pernah belajar audit-audit ni. Subjek akaun pun tak ada basic. Aku hanya berbekalkan ilmu matematik subjek kegemaranku. Ilmu audit-mengaudit semua hasil tunjuk ajar staff office. Thanks kawan-kawan ofis dan tidak lupa juga dengan bos yang tidak putus-putus menurunkan ilmu. Jasa korang amat aku hargai heeeeeee ^_^.

Aku bersyukur sangat-sangat dapat mempelajari ilmu baru. Audit memang best. Apa yang paling best kerjanya mengira dan mengira dan mengira bukan seminit  dua minit tetapi berjam-jam hingga boleh mencecah berhari-hari. Dan lagi satu kerja ni macam kita jadi penyiasat. Menyiasat satu-satu income serta expenses yang dijalankan oleh sesebuah syarikat. 

Apa-apa pun aku nasihatkan kepada rakan-rakan di luar sana bila dah kerja nanti jangan kerap bertukar kerja. Kalau boleh kekallah dalam organisasi anda selama yang boleh kerana ilmu yang anda perolehi semakin bertambah dan bertambah. Kita bekerja bukan mengejar gaji semata tetapi mengejar ilmu. Kalau sekarang motif anda bekerja sekadar menampung keluarga pasti anda merasa kerja itu tension, stress, tidak seronok dan sebagainya. Maka ubah motif bekerja dari sekarang.


2 comments:

Hanis Atikah said...

salam.. akak.. saya seronok baca.. post3x akak. bnyk bagi maklumat kat sy..huhu.. esk first day sy nak start kjew.. tp sy rasa.. kjew sy. lbh kurang mcm akak.. psl form 24, tu.. tq.. tp takut la jgk.. x leh nak wat.huhu

Zainab said...

Waalaikumsalam Hanis. Wahh keja kita samalah maksudnya. Kakak pun dulu macam tu.Mula-mula keja banyak tak tahu nt lama-lama baru faham. Apa yang paling penting kita kena sabar k. Keep in touch ^_^