Kelmarin!!!


Assalamulaikum…

Happy Labour Day semua. individu yang bergelar pekerja pasti tersenyum hari ini kerana esok cuti ^_^ . Ini tahun kedua bagiku menyambut ‘labour day’. Masa belajar dulu tiada rasa seronok pun menyambut labour day tapi apabila dah bekerja baru rasa seronok.

Minggu ni rasa tersangat sibuk. Analisis saya hampir siap. Insyaallah dapat diselesaikan dalam beberapa hari ni. 



Kelmarin saya telah mengikuti ujian Medsi yang bertempat di Sekolah SMK Tawau. Ini kali kedua yang mengikuti ujian tersebut. Seronok melihat adik-adik menjawab soalan ujian. Melihat cara mereka  menjawab  dah macam  menjawab soalan SPM dan STPM. Serius dan sangat teliti. Solutelah adik-adik. Shhhhh…tapikan dik ni adalah soalan psikologi. Tak ada jawapan yang salah dan tiada jawapan yang betul. Cuma menilai adakah anda ada ciri-ciri serta layak  menjadi seorang pendidik ataupun tidak. 

Selepas habis ujian Medsi saya pun menunggu kawan saya Pida dan kawan-kawannya. Diorang pun kelihatan takut-takut dan risau dengan jawapan yang mereka berikan. Don’t worry fren, kalau ada rezeki takkan kemana. Kami pun balik tetapi sebelum tu uncle Pida belanja makan. Thanks uncle^_^.

No comments: