Pakai make-up VS Tak pakai make-up

Assalamualaikum…

Ni hou? Semoga sihat-sihat hendaknya. Hari ni rasa terdetik nak cerita pasal satu benda tu. Benda yang selalu perempuan guna. Lelaki pun ada yang guna juga zaman sekarang ni. Maklumlah zaman sekarang mementingkan penampilan ya tidak? 

Picture from google

Sekadar hiasan

Hahhh ni la benda yang saya nak cerita tu ^_^. Benda ni kan kalau kita pakai salah dan kalau tak pakai pun salah. Bukan salah pada diri kita tapi salah di mata orang lain. Ada saja yang tak kena pada mereka.  Saya pun hairan masyarakat hari ni.

Bagi saya tak salah pakai make-up dan kalau tak pakai make-up pun tak salah. Nak cantik bukanlah sebab utama seseorang itu memakai make-up tetapi sebab yang paling utama adalah inginkan keselesaan. Tiada seseorang pun daripada kita suka membuat sesuatu yang mendatangkan ketidakselesaan pada diri sendiri ataupun melakukannya sekadar suka-suka. Jika ada pasti tidak bertahan lama.

Bagi yang tidak suka memakai make-up samalah juga kesnya. Ada orang tidak suka mengenakan sebarang make-up kerana mereka selesa free tanpa sebarang alat solek. 

Kesimpulannya, kita sepatutnya hormat pendirian orang lain. ‘Don’t judge book by its cover’. Apa yang anda fikirkan tidak sama dengan apa yang orang lain fikirkan. Sekian ^_^

 

No comments: