Bila orang kata kita bodoh…diam.....‘PENGECUTTT’!!!!!!


Bila orang kata kita bodoh…..

Bila orang kata kita macam-macam…..

Bila orang belasah kita…..

Bila orang fikir negetif tentang kita…..

Bila orang memaki hamun kita…….


Adakah kita perlu marah?

Adakah kita perlu turut sama belasah mereka?

Adakah kita juga perlu menjadi negetif?

Dan adakah kita juga perlu turut memaki hamun mereka?

 
Mungkin ada antara korang yang kata ‘bukan jantanlah kalau tak balas balik’ atau ‘PENGECUTTT’ ataupun ‘AWAK LEMAHHH’…. Dan bila kawan dah kata hang pengecut, lemah, bukan jantan dan sebagainya anda pun semakin beremosi ditambah-tambah pula syaitan riang gembira menghasut anda ke arah melakukan sesuatu yang tidak baik hang pun p la lawan balik dengan bergaduh, memaki, belasah dan sebagainya. Al-maklumlah emosi menguasai diri menyebabkan akal kalah kepada emosi dan akhirnya kita ikutkan kata hati tanpa pertimbangan akal.
Kesannya, pergaduhan menjadi semakin besar sampaikan ke arah berbunuh-bunuhan. 

Hah, sampai bila masalah akan selesai jika kita asyik berbalas-balas. Orang lain belasah kita, kita pun nak juga belasah dia, orang lain memaki kita pun turut sama memaki. Fikiran cetek. Ini bukan budi kita hendak berbalas-balasan. Kalau budi memang dibawa mati tetapi kalau bergaduh buat apa nak bawa mati? Nak jadikan bekal? Huh, jangan sesekali…

So, bila orang kata aku bodoh and kata aku yang bukan-bukan aku ambil inisiatif untuk diam. Diam bukan bererti mengalah. Diam untuk meredakan ketegangan. Berbincang dalam keadaan beremosi tiada makna. Malah bercakap ketika beremosi aku anggap sebagai tin kosong. Tin kosong bila diketuk berbunyi bising tetapi isinya kosong. Samalah juga bercakap atau berbincang ketika sedang emosi apa yang kita perolehi adalah pergaduhan semata. So, lebih baik diam. Jimat sedikit tenaga.

Bagiku 'orang buat baik kita balas dengan kebaikan, orang buat jahat kita turut balas dengan kebaikan'..itu baru manusia yang matang. 

Sekian.


6 comments:

Aki said...

bila orang cakap yang bukan2 dengan c Aki,atau cuba mencari gaduh.. c Aki lebih suka SENYUM sahaja.. ^_^.v.. Lebih indah suasana yang terhasil. ^_^.v..

Zainab said...

saya setuju dengan pendapat Aki ^_^ tapi kalau senyum lagi membuatkan orang yang tengah emosi semakin beremosi..hehehe

Aki said...

so,bile dia buat yang bukan2 pun,senyum je lah.. So,orang lain akan back up kita.. ^_^.v.. Dan die akan terasa lebih sakit.. ^_^.v.. Tol tak Kak??

Zainab said...

Emm btul jg pendapat Aki tu ^_^...heheheheheh

:DiDa: said...

Orang kata " Diam adalah pintar".. betul kan?

Zainab said...

:DiDa :Btul tu.....diam tak semestinya pengalah