Kepuasan bekerja bukan pada hari menerima gaji semata^_^ heeeee……


Assalamualaikum

Anda semua apa khabar? Hari ni rasa sangat bersemangat nak post entry. Mungkin perasaan itu datang dengan tiba-tiba sebab  aku  memang dah lama tak post entry heeeee ataupun mungkin sebab analysisku  siap petang tadi heeheee.

Bagi yang berkerja kat firma-firma audit korang tahulah macam mana keadaannya masuk bulan-bulan Jun dan Julai ni. Sangat-sangat sibuk. Aku gerentilah korang pun rasa apa yang aku rasa. Cewahhhh atau maybe aku saja yang rasa macam ni korang tak. Bukan apa, aku sibuk sebab aku ada 2 bidang tugas iaitu yang berkaitan bahagian secretary dan juga yang berkaitan audit. So, dua-dua aku kena mainkan peranan. 

Antara audit dengan secretary mana satu aku paling suka? Haa korang tekalah mana satu best. Sebenarnya dua-dua best. Bahagian secretary aku memang suka sebab memang kos aku kat Politeknik dulu  dan audit pula walaupun aku bermula dari zero tetapi disebabkan ia lebih kepada pengiraan haha memang tidak dapat dinafikan aku suka dan aku terror atau dengan ayat yang sopan sedikit ‘I like counting, I like maths’ walaupun aku tak tak ada basic akaun heeeee.

Mengapa aku bermula dari zero semasa start bekerja dahulu sedangkan aku pernah praktikal 6 bulan di satu organisasi yang besar?  Bak loghat Indonesian ‘iya-iyalah, semestinya zero’ sebab semasa praktikal dulu aku belajar kerja-kerja selaku ‘PA’ atau kepanjangannya Personal Assistant. Nah, audit aku tidak pernah terfikir  langsung sebelum ini. 

Apa-apa pun’ manusia hanya merancang tetapi Allah SWT yang menentukan’. Walaupun kerja saya sangat-sangat sibuk apa yang penting kita suka serta ikhlas melakukan kerja kita. Bukan kerja kerana terpaksa atau sebab lain. Insyaallah kerja yang dilakukan diberkati Allah SWT.

Akhir kata ‘kepuasan bekerja bukan pada hari menerima gaji semata^_^ heeeee……

Lagi satu ayat yang kutujukan untuk anda yang bergelar manusia berkerjaya ^_^


3 comments:

Aki said...

c Aki hari2 tunggu bila mo gaji ja ni Kak,biarpun c Aki suka gila babeng sama kerja dia.. Hahaha..

Zainab said...

Heheheh Aki...oklah tu..balance...yang ptg jangan makan gaji buta...heheh

Aki said...

ehehe.. wajib.. ^_^.v..