Contoh Surat Permohonan Bantuan Pendidikan


POLAN  BIN PILAN
TB1280 & 1281,
Bintang Hill, Mile 3rd Jalan Morrell,
91000 Tawau, Sabah.

Tarikh: 25hb Jun, 2010

Kepada,
Yang berkenaan

Tuan,

PER : PERMOHONAN BANTUAN PENDIDIKAN

Perkara di atas adalah dirujuk.

02.       Dengan segala hormatnya dimaklumkan kepada pihak tuan, bahawa saya penama di atas telah menerima tawaran kemasukan ke UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN MAHMOD (UPSM)  dalam program pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sains) dengan Kepujian sesi 2010/2011 (4 tahun) yang mana dengan ini memohon untuk mendapatkan bantuan pendidikan berbentuk  kewangan di jabatan pihak tuan.

03.       Untuk makluman pihak tuan, adapun sebab saya memohon bantuan berikut adalah disebabkan kos yuran pengajian yang tinggi iaitu sebanyak RM1598.00 setahun yang mana bapa saya tidak berkemampuan memandangkan bapa saya hanya bekerja sebagai buruh sahaja dan jumlah gaji yang dimilikinya tidak dapat menanggung segala kos pembelajaran saya tambahan pula saya mempunyai (4) orang adik-beradik yang masih bersekolah dan kini saya amat memerlukan bantuan dari pihak tuan.

Budi bicara dan kelulusan serta perhatian dari pihak tuan berhubung perkara ini adalah sangat saya harapkan dan hargai. 

Sekian, terima kasih.

Yang benar,


...................................
(POLAN BIN PILAN)
No. Kad Pengenalan 645922-12-1111

4 COMMENT:

aida said...

wah..trimas kak!dis letter,much help me..

Zainab said...

sama2 aida...semoga dipermudahkan segala urusan ^_^

filza said...

assalamualaikum..kak,mnta izin ye..trima ksh sgt :)

po_oh ~montel~ said...

salam ... terima kasih untuk contoh ni.. terima kasih sgt2... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...