Jangan Memakilah Wei!!!


Assalamualaikum



Adakah anda seorang yang suka memaki-hamun? Adakah anda orang yang suka mengeluarkan kata-kata kesat? Atau dengan kata-kata yang lebih difahami adakah anda seorang yang mudah mengeluarkan ayat-ayat atau perkataan yang tidak sopan seperti............

S H _T!!!!!

B_B_!!!!!

SI_L!!!!!!

A N J _ NG!!!!!

S T _ P I D!!!!!!!

Dan termasuk perkataan-perkataan lain yang kurang sopan……

Kebanyakan orang akan mengeluarkan perkataan atau ayat yang tidak sopan ketika marah, beremosi, atau mengalami tekanan. Ada juga yang sudah terbiasa mengeluarkan kata-kata tidak sopan seperti contoh di atas. Apa tidaknya, kalau dah ibu bapa pandai mengeluarkan perkataan tidak sopan si anak apalagi. Peribahasa sudah mengatakan ‘ Si bapa kencing berdiri, si anak kencing berlari’. Nah, renung-renungkan.

Si anak pula ada yang terpengaruh daripada kawan-kawan. Kawan-kawan pula ada yang terpengaruh daripada media elektronik. Nah, kalau semua terpengaruh apa nak jadi kepada dunia. Kata-kata kurang sopan kedengaran di  merata-rata tempat.

Tetapi, manusia bertuahhhhhh sangatttt-sangattttt kerana dikurniakan akal yang mana dapat membezakan yang mana baik dan yang mana buruk. Maka gunakan akal yang kita ada agar tidak cepat terpengaruh dengan orang lain. Kawan nak cakap kotor kita pun nak ikut, ibu-bapa cakap perkataan kurang sopan kita pun nak ikut. Jangan sesekali…

Semoga anda semua menjadi manusia yang berakhlak, beradap, dan bersopan-santun.

SEKIAN ^_^….Peace….

1 comment:

Anonymous said...

Best Xrumer service - we publish your custom message up to 100K forums worldwide price starting only form $29
Get incredible online web traffic using superb xrumer blast available. We are able post your custom message up to 100K forums worldwide, get insane amount of backlinks and large online web traffic in shortest time. Most affordable and most powerful service for web traffic and backlinks in the world!!!!
Your post will be published up to 100000 forums worldwide your website will get insatnt traffic and massive increase in seo rankings just after few days or weeks. Order now:
xrumer