Perbelanjaan Orang Muda

Assalamulaikum

Hari ni saya nak kongsikan cara bagaimana nak bahagikan pendapatan kita (orang muda).  Benda ni mungkin remeh bagi anda di luar sana tetapi ianya tersangatlah penting bagi menjamin kesejahteraan hidup (hahahah).

Bukan apa kita yang baru menjejakkan kaki ke alam pekerjaan mungkin merasa sedikit kejutan sebab selama ni  perbelanjaan kita semua ditanggung oleh ibu-bapa atau PTPTN dan sebagainya tetapi setelah mula bekerja kita yang akan menguruskan perbelanjaan kita sendiri dan kita jugalah yang akan menanggung perbelanjaan adik-adik dan keluarga.  Kalau tak tahu nak manage silap-silap tengah-tengah bulan korang pasti merasa kekeringan (kewangan tak stabil).

Aku ada  bagi contoh cara nak bahagikan belanjawan orang muda kat bawah ni. Tak kisahlah berapa gaji korang. Korang Cuma perlu kira ikut peratus yang dibahagikan dengan jumlah pendapatan korang. Ini bagi menjamin income korang tak habis ke arah yang tidak berfaedah. Kalau korang bahagi-bahagikan pendapatan korang mengikut list yang aku berikan insyaallah terselamat daripada muflis (ehehehe). Takkan muda-muda lagi korang dah banyak hutang dan muflis kot..korang nak ker macam tu?


Bil
Perkara
Peratus
RM


1
PENDAPATAN

Gaji +elaun



2,500.00


1
PERBELANJAAN

Diri sendiri
a.       Simpanan
b.      Perlindungan takaful
c.       Pelaburan Amanah Saham




6%
4%

10%



150.00
100.00

250.00
2
KWSP-Caruman Peribadi
11%
275.00
3
Ehsan Ibu-bapa
a.       Ibu
b.      Bapa

4%
4%

100.00
100.00
4
Sewa rumah
10%
250.00
5
Kenderaan
15%
375.00
6
Makan, minum dan pakaian
15%
375.00
7
Petrol
10%
250.00
8
Telefon
2%
50.00
9
Pinjaman Pelajaran
4%
100.00
10
Zakat Pendapatan
2.5%
62.50
11
Lain-lain
2.5%
62.50

Total
100%
2,500.00
 Perbelanjaan Orang Muda


Lagi satu aku nak tambah, ramai orang muda yang baru habis belajar ni  malas sangat nak bayar PTPTN. Ni terjadi sebab tak tahu manage kewanganlah ni.  Peminjam kenalah bayar duit yang dipinjam. Takkan orang lain yang nak bayarkan kot. Lagipun jumlah yang anda perlu bayar dengan PTPTN tiap-tiap bulan taklah semahal bayaran kereta anda tiap bulan, taklah semahal harga makeup dan baju-baju yang anda beli tiap bulan, dan taklah semahal expenses untuk handpone anda tiap bulan  (kan kan kan).




Sumber: Majalah Solusi

2 comments:

mr_mrs mikko said...

syukur ptptn aku sem 1 saja..
pastu guna biasiswa..
hihih..
dah abis byr dah..
^_^

Zainab said...

mr_mrs mikko nasib baek ^_^...anda slamat..heheh