Zainab tertipu lagi!!!!

 Assalamulaikum


pic from google


Malam semalam sebelum balik mak aku pesan beli sayur nangka. So, segala pasar tani dan pasar besar aku round cari sayur yang mak aku pesan and lastly aku jumpa. Then dengan rasa gembira lantas ku belek-belek sayur tu. Makcik tu kata ‘ok ni dik warnanya jer coklat-coklat tapi kalau dah di masak warna putih jadinya’. So, aku pun belilah sayur tu.

Penjual tu kata lagi dik ambil jer semua, makcik bagi free yang dua bungkus ni ya dik, jadi makcik tak payah susun lagi’ memandangkan pasar pun dah nak tutup. Ohh  aku semakin senang hati bila dapat free.

Sampai di rumah jeng jeng…mak aku pun capai sayur yang aku beli dan mulakan kerja potong-memotong.

Tiba-tibaaaaaaaaaaaaaa…………………….

Mak aku kata’ heeeeeeeee di mana beli sayur ni, burukkkk sudah!!!!!’…ohhhh Tidakkkkk…..

Masa tu aku baru sedar aku dah kena tipu. Huhh, rasa geram jugala dengan penjual tu sebab jual barang yang dah tak elok. Tapi aku pun silap juga sebab aku tak cek lama-lama.

Setiap kejadian tetap mempunyai hikmah yang tersendiri.

Cuma aku nak utarakan sedikit pendapat di sini

"Peniaga-peniaga serta penjual-penjual di luar sana lainkali jangan sesekali menjual barang yang dah rosak dengan orang ramai. Mungkin ada rasa anda rugi kalau benda yang dijual tidak habis dijual tetapi adakah ada rasa happy sekiranya anda mendapatkan keuntungan dari kesusahan orang lain? Sudah tentu tidak bukan. Semoga peniaga serta penjual semakin perihatin…"


Sekian untuk coretan hari ini ^_^

1 comment:

Nasi Goreng Lalap said...

hahahahaha...c lurus bendulll